
MUSTANG SHELBY GT500 ELEANOR GONE IN 60 SECONDS AKAN DIJUAL DI JERMAN. KONFEM MAHAL NI
Kalau korang pernah tengok filem Gone in 60 Seconds, lakonan Nicholas Cage, mesti tahu pasal Mustang Shelby GT500 yang menjadi model terakhir ingin dicuri oleh Cage dan kawan-kawannya.
Tidak dapat dinafikan bahawa Mustang merupakan antara model ikon dalam filem. Selain Gone in 60 Seconds, jentera itu pernah dipaparkan dalam banyak filem terkenal. Antaranya ialah Bullitt, The Thomas Crown Affair, Diamonds are Forever dam Fast and Furious Tokyo Drift.

Berbalik kepada filem Gone in 60 Seconds. Untuk makluman, terdapat 11 unit Mustang Shelby GT500 yang dibangunkan untuk filem tersebut. Berita baiknya, model ketujuh yang dikenali dengan nama Eleanor itu kini berada di Jerman dan dilaporkan bakal dijual oleh pihak ChromeCars.
Jentera itu dipasang dengan enjin V8 5.8 liter Ford Racing berkuasa 400hp. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual empat kelajuan. Setakat hari ini, ia sudah mencatat perbatuan sejauh 117,184km.
Tidak banyak maklumat disediakan oleh ChromeCars, termasuklah harganya. Apa yang pasti, ia tidak murah.
- BACA: FRANCAIS THE FAST AND THE FURIOUS BAKAL DITAMATKAN SELEPAS FILEM KE-11. BAGUSLAH….
- BACA: DAVID BLAINE BUAT MAGIS ALA-ALA FILEM UP. PEGANG 52 BELON HELIUM TERAPUNG 7,600 METER DI UDARA
- BACA: PELAGAK NGERI WANITA MAUT, SYARIKAT PRODUKSI FILEM DEADPOOL 2 DIDENDA RM1.3 JUTA
- BACA: INILAH 7 FILEM AKSI KERETA TERBAIK DI DUNIA!
GALERI







