Buletin

MUZIK TOYOTA PULIHARA HAIWAN LIAR

UMW Toyota Motor terus memainkan peranan mereka dalam mengumpul dana memelihara hidupan liar menerusi acara Toyota Classics. Sebahagian daripada  tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak UMW Toyota berjaya mengumpul dana sebanyak RM 327,000.

Toyota Classics-mekanika (1)

Toyota Classics ke-26 itu ialah acara persembahan muzik orkestra sambil menderma di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Kali ini Toyota Classics mempersembahkan alunan muzik dari kumpulan Orkestra Hungary, The Budapest Operetta and Musical Theatre.

Dana kali ini memberi manfaat kepada Borneo Conservation Trust yang menerima Toyota Fortuner. Manakala Malaysian Nature Society dan World Wide Fund for Nature, Malaysia menerima wang sejumlah RM 77,000.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Datuk Ismet Suki menyatakan Toyota telah melihat sendiri usaha yang dilakukan NGO berkenaan dalam memelihara dan memulihara hidupan liar di Malaysia.

“Komitmen berterusan mereka telah menarik perhatian kami, dan Toyota gembira untuk menyokong usaha murni mereka dengan menyalurkan derma Toyota Classics bagi melindungi hidupan liar di Malaysia, “katanya.

Tambahnya, itu adalah salah satu dari usaha syarikat korporat berkenaan memberi semula kepada komuniti.

UMW Toyota Motor terus menyumbang kepada masyarakat, dengan inisiatif CSR berteras kepada tiga tunggak utama: Alam Sekitar, Keselamatan Jalan Raya dan Dermawan.

Selama konsert Toyota Classics berlangsung di Malaysia, UMW Toyota berjaya mengumpul RM7.5 juta. Derma tersebut dapat membantu 60 badan-badan kebajikan dan bukan kerajaan. Sejak penubuhannya pada 1990, Toyota Classics menganjurkan 184 buah konsert klasik di Asia dengan nilai dana dikumpul sebanyak S $ 7 juta (RM26 juta) dalam tempoh 25 tahun lepas.

Info lanjut Toyota Classics, layari toyota.com.my.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button