Buletin

MBM RAI PRODUKSI CV KE-25,000 UNIT

Kilang Mercedes-Benz Malaysia (MBM) di Pekan meraikan pengeluaran Kenderaan Komersial (CV) yang ke-25,000 unit baru-baru ini.

Photo 1

Sejak tahun 2004, sebanyak RM28 juta telah dilaburkan dalam saluran pengeluaran kenderaan komersial Mercedes-Benz. Justeru, sekumpulan wartawan telah dibawa oleh MBM untuk melawat dan melihat sendiri kecanggihan kilang tersebut.

“Ini sememangnya satu pencapaian buat kami di sini. Ia jelas menunjukkan bahawa kenderaan komersial Mercedes-Benz dan kemudahan pengeluaran kami terus menjadi penanda aras terhadap kualiti premium,” kata Naib Presiden Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Malaysia, Albert Yee.

mercedes-benz- (6)

Sebagai salah satu daripada sembilan buah kilang pemasangan trak milik Daimler AG di seluruh dunia, keupayaan teknologi kilang ini dikatakan tidak jauh bezanya dengan kilang di Wörth, Jerman.

Memiliki keluasan 19,000 meter persegi, saluran pengeluarannya dioperasi oleh 176 orang kakitangan. Kilang itu kini mempunyai kapasiti sebanyak 4,000 unit CV setahun. Ia mengeluarkan rangkaian CV yang luas termasuklah Actros.

mercedes-benz- (37)

Proses pengeluaran CV melibatkan lima stesen. Ia bermula dengan pemasangan perangka, cat kabin dan saluran pengeluaran. Bagi menjamin kualiti terbaik, kenderaan itu kemudian dihantar untuk diuji sebelum diperiksa dan menjalani proses buyoff.

Dalam perkembangan berkaitan, anak syarikat milik penuh MBM, Cycle and Carriage Bintang Bhd mengakui bahawa jualan kenderaan komersial telah meningkat sebanyak 15 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

mercedes-benz- (52)

Walaupun pasaran kenderaan komersial tempatan turut dikongsi oleh kenderaan terpakai atau dibina semula, pengguna dilihat mula menyedari kelebihan membeli unit baharu.

“Kenderaan baharu hadir bersama jaminan selama dua tahun dan jarak perbatuan tanpa had untuk tahun pertama. Trend ini nampaknya kian meningkat,” kata Albert.

mercedes-benz- (45)

Buktinya, Mercedes-Benz Malaysia sudah mencapai sasaran jualan untuk kenderaan komersialnya dengan 142 unit trak Actros terjual setakat ini. MBM yakin angka jualan boleh mencecah lebih 200 unit menjelang akhir tahun ini.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan memberangsangkan ini adalah pakej keseluruhan yang ditawarkan oleh MBM. Ia merangkumi perkhidmatan selepas jualan yang bagus, penjimatan bahan api, keselesaan dan aspek keselamatan produk Mercedes-Benz.

mercedes-benz- (30)

Buat masa sekarang, MBM menguasai 16.4 peratus pasaran. Rakan-rakan utamanya ialah syarikat-syarikat pengangkutan seperti Swift Haulage Sdn. Bhd., Interway Transport Sdn. Bhd. dan Landbridge Haulage Sdn. Bhd.

Biarpun pasaran kini berdepan dengan kemerosotan nilai Ringgit, MBM menegaskan bahawa pihaknya tidak merancang untuk menaikkan harga kenderaan komersialnya dalam masa terdekat.

mercedes-benz- (57)

MBM menawarkan sokongan selepas jualan untuk kenderaan komersialnya menerusi 14 pusat servis di seluruh negara.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button