Buletin

MYTUKAR KOLABORASI DENGAN SISMA AUTO. MAKIN SENANG NAK BELI KERETA VOLVO

myTukar, platform jualan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center.

Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa dengan lebih mudah.

SISMA Auto merupakan pusat kereta terpakai Volvo Selekt yang pertama di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang membeli sebuah kereta terpakai Volvo boleh menukar kereta mereka di pusat berkenaan menggunakan platform myTukar.  Ia juga memastikan pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik yang membolehkan pelanggan tidak memerlukan pihak ketiga.

“Kami ingin membantu pelanggan SISMA Auto untuk mendapatkan kereta Volvo idaman mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu bersusah-payah menjual kereta sedia ada pada harga jualan semula setinggi yang mungkin,” kata Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn. Bhd., Jeffrey Ong.  

Pengurus Jualan SISMA Auto Sdn. Bhd., Gary Gladwin Pereira memberitahu komited dalam memastikan pengalaman semua pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo adalah lancar dan premium.

Maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 603-55698311.

Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 603-21665155.

Google ads
Back to top button