Buletin

HONDA FIT TJIN EDITION UNTUK SEMA 2014, STANCE BAIK PUNYA

Pada Pameran SEMA 2014, Honda telah memberi peluang kepada beberapa penala untuk mengubahsuai Fit dengan tema masing-masing. Di antaranya ialah projek ini, The Kylie Tjin Special Edition Fit.

Sebelum SEMA 2014, pereka Tjin Edition telah membina dua Fit untuk edisi SEMA pada tahun sebelumnya. 

Projek Kylie Tjin Special Edition Fit ini ditampilkan dalam gaya jalanan tetapi dengan kedudukan (stance) yang lebar dan agresif.

Bagi menjadikannnya lebar, Tjin Edition menggunakan fender flare besi oleh Josh Freeman yang tampil menyerlah dan menonjol untuk Fit dengan saiz kompak.

Lampu utama nampak berbeza dari Fit standard dan ia dari Coplus termasuk lampu kabus. Logo H tulen Jepun berwarna merah turut membezakan Fit ini dengan model pasaran Amerika Syarikat.

Bahagian atas Fit dipasangkan bumbung matahari dari Webasto.

Kombinasi roda dan tayar digunakan ialah dari jenama iForged dengan ofset -35 manakala tayar dari Falken FK453s berukuran 215/35/18.

Di sebalik tayar ialah brek depan besar Baer dengan angkup enam omboh dalam warna Hot Pink Kylie Tjin Edition. Cakera digunakan saiz 14 inci dengan braket dan talian brek dari Unique Fabrication.

Suspensi asal Fit diganti dengan jenis udara dan pengawalannya oleh Airrex.

Prestasi Fit Tjin Edition dihidangkan dengan ekzos Bisimoto pulse chamber.

Bahagian dalaman tampil dengan tema kemas. Komponen seperti kerusi depan dan belakang, panel pintu dan konsol tengah dibuat khas oleh Katzkin.

Menariknya di dalam Fit ini ada peralatan bola keranjang SoCal Elite 94Fifty dan sukan. Juga dipasangkan ialah pemegang peranti magik Scosche.

Komponen audio terdiri dari set Sony untuk subwufer, amplifier serta mid and high. Bateri dari Optima manakala pendawaian audio dari Scosche.

Warna badan Kylie Tjin Special Edition Fit ini dari Axalta dengan hasil kerja L&R Auto Body. 

BACA: HONDA FIT JDM DENGAN KIT HONDA ACCESS

BACA: PADA 2014 HONDA FIT SPOON INI DIBAWA KE SEMA, AMERIKA SYARIKAT

BACA: HONDA N-BOX JUARA LAGI DI JEPUN, NOMBOR 1 SETAKAT JUN 2020

Google ads
Back to top button