
N700S KERETA API BULLET TERPANTAS JEPUN. KELAJUAN MENCECAH 360KM/J
Jepun memperkenalkan kereta api bullet baharu yang boleh mencapai kelajuan sehingga 360 kmj malah ia boleh digunakan untuk misi menyelamat ketika gempa bumi.
Didatangkan bersama bentuk hadapan lebih besar dan aerodinamik, kereta api diberi nama N700S ini sepatutnya diperkenalkan semasa Olimpik Tokyo 2020.
Kereta api bullet super laju atau Shinkansen yang beroperasi menggunakan bateri lithium-ion merupakan terpantas di Jepun.

Dengan penggunaan bateri lithium-ion, ia membolehkan kereta api ini terus bergerak pada kelajuan rendah apabila berlaku gangguan atau kerosakan pada bekalan kuasa.
Kebiasaannya, masalah ini akan berlaku semasa bencana alam seperti gempa bumi.

Selain itu, terdapat sistem pencahayaan sensor yang menyala apabila berhenti di stesen memaklumkan para penumpang terdapat bagasi dalam tempat penyimpanan barangan.
Bahagian dalaman pula, dilengkapi tempat duduk direka lebih tinggi berbanding model sebelum ini untuk memberi keselesaan kepada penumpang beristirehat.
Mereka yang ingin melelapkan mata tidak perlu khuatir kerana kereta api telah dipasang ciri suspensi berkemampuan mengurangkan bunyi bising dan kedap udara. – lonely planet.
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: KERANA SEEKOR LINTAH BULAN, PERJALANAN 12,000 PENUMPANG KERETA API DI JEPUN TERGANGGU
- BACA: KERETA API GELINCIR DARI LANDASAN DI UTAH – RATUSAN KERETA ROSAK TERUK
- BACA: MYVI MASUK LANDASAN KERETA API – INI KISAH SEBENARNYA







