Buletin

NAK BELI PERODUA AXIA MANUAL? SABAR SIKIT, LEPAS HARI RAYA AIDILFITRI BARU LANCAR

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Perodua telah pun membuka tempahan untuk Axia serba baharu kepada pelanggan yang berminat. 

Axia yang menerima pelbagai bentuk penambahbaikan itu akan ditawarkan dalam empat varian iaitu G, X, SE dan AV. Justeru, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah Perodua masih akan menawarkan varian paling murah bertransmisi manual ke pasaran. 

Varian dikenali sebagai E itu sememangnya menjadi pilihan pengusaha sekolah memandu kerana ia murah dan mudah untuk dikendalikan. 

Menjawab persoalan itu, Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad menyatakan pihaknya akan melancarkan Axia bertransmisi manual selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Sebagaimana varian automatik, versi berkenaan turut menerima penambahbaikan berbanding model terdahulu. Semua varian Axia menggunakan khidmat enjin aspirasi biasa 1.0 liter berkuasa 67PS dan tork 91Nm. 

Lebih menarik lagi, Axia manual tidak terhad kepada pengusaha sekolah memandu sahaja. Ini kerana Perodua turut menawarkannya kepada sesiapa yang berminat, terutama  penunggang motosikal yang mahu mendapatkan sebuah kereta mampu milik. 

Google ads
Back to top button