" "
Buletin

DICAJ TANPA SEBAB KUKUH, PEMILIK TESLA MENGAMUK

Ramai pemilik Tesla dikatakan curiga tentang caj tinggi yang dikenakan terhadap pembelian menggunakan aplikasi bagi menaik taraf kenderaan tersebut.

Salah seorang pemilik Tesla Model 3 dilapor dikenakan bayaran sebanyak AS$9,700 (RM40,000) proses naik taraf tanpa sebab yang jelas. Menurut polisi syarikat berkenaan, naik taraf itu tidak boleh mendapat bayaran balik.

Hal ini bertambah buruk apabila wakil khidmat pelanggan Tesla yang dihubungi kurang membantu.

Segelintir pengguna menuduh Tesla sengaja mencipta aplikasi mengelirukan yang boleh menyebabkan pembelian tidak perlu.

Untuk memulihkan keadaan, Teslarati menyatakan bahawa pembuat kereta EV itu telah mengemaskini dasar pembayaran balik untuk perisian naik taraf yang dibeli menerusi aplikasi mudah alih.

Hal ini telah dilakukan dengan mengemas kini terma sokongannya pada halaman yang dinaik taraf. Kini pembayaran balik mungkin dapat dilakukan dalam masa 48 jam selepas pembelian.

Pelanggan juga diminta memberikan alasan untuk mendapatkan bayaran balik. Tetapi, hal tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya membuat pembelian menggunakan aplikasi.

Pelanggan yang membuat naik taraf melalui Pusat Khidmat Tesla sebaliknya perlu menghubungi mana-mana pusat tersebut untuk mendapatkan bayaran balik.

Kini, Tesla terpaksa menanggung kerugian dengan mengembalikan wang berjuta-juta dolar kepada pelanggannya dengan segera.

Google ads
Back to top button