Artikel Pilihan

NAK PARKIR ATAS PERMUKAAN RATA KENA BERHENTI DI GEAR NEUTRAL DULU SEBELUM MASUK GEAR P?

Beberapa hari lepas penulis terlihat beberapa video di saluran media TikTok dimana terdapat beberapa pengguna berkongsi bagaimana cara untuk memarkir kereta denggan teknik yang betul di atas permukaan jalan yang rata. Kata kunci di sini Rata ye tuan paun

Video tersebut menempelak cara yang salah bagi kereta dengan transmisi automatik. Bagi mereka cara yang salah ialah dengan menukar gear dari kedudukan D kepada N secara terus sebelum menarik brek tangan.

Bagi mereka, cara yang betul ialah dengan menggerakkan kedudukan tombol gear dari P kepada N (Neutral), angkat brek tangan dan barulah masuk kepada gear P. Ya mereka menerangkan keadaan ini dalam keadaan kereta sedang diparkir di permukaan rata, dengan konpindem sekali.

Pada mulanya penulis enggan masuk campur hal remeh temeh sebegini, namun selepas penulis disoal oleh isteri berkeaan isu poligami penulis terpaksa mencari isu baru untuk dimuatnaik di media sosial

Begini tuan tuan, logiknya jurutera atau pengalam ilmu kejuteraan atau mereka yang belajar ilmu kejuruteraan boleh dikategorikan dalam mereka yang malas tapi kreatif. Jurutera akan memastikan matlamat mereka tercapai, dalam usaha yang minima s

Jadi tidak hairanlah jurutera atau konsultan dan syarikat yang menghasilkan produk untuk kegunaan orang ramai akan dikawal selia oleh badan kawalan kualiti antarabangsa. Sebagai contoh kita ada peraturan ISO 9001:2015 dan bagi syarikat yang menghasilkan komponen automotif, mereka akan dikawal selia oleh TS 16949

ISO/TS 16949 adalah satu set peraturan pengurusan kualiti dalam industri automotif, menghasilkan satu kerangka kerja dan best practice dalam usaha mereka dan menghasilkan komponen automotif. Ada 2 elemen di sini yang cuba diketengahkan oleh penulis, ada jurutera kreatif dan ada set peraturan yang mengawal mereka

Dan tiba – tiba ada elemen baru dari TikTok yang mengatakan semua cara kerja ini adalah salah. Kenapa kita perlu menyusahkan diri dengan SOP yang tidak perlu? Kenapa kita perlu masuk gear N?

Penulis merujuk kepada buku panduan yang dihasilkan oleh Toyota, bagaimana untuk mengoperasikan gear dengan cara yang betul.

Dalam muka surat 244 tersebut, buku panduan menegaskan kereta hasruslah berhenti sepenuhnya dan berada dalam keadaan statik sebelum tombol gear dari D diubah kepada P. Bagaimana untuk berhenti, mestilah dengan menekan pedal brek sekuat hati

Bagi mengoperasikan brek tangan, Toyota meminta pemandu menekan pedal brek sambil mengaktifkan brek tangan. Tiada langsung waima satu perkataan pun anda mesti singgah di kedudukan gear N terlebih dahulu sebelum menggunakan brek tangan

Ini bermakna dalam kedua dua situasi, pedal brek mesti ditekan sekuat hati bagi memastikan kereta berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak. Bayangkan anda sudah brek, kereta sudah berhenti tapi anda masukkan gear pada kedudukan Neutral (N) terlebih dahulu sebelum mengaktifkan brek tangan tanpa menekan pedal brek.

Bukankah kereta akan bergerak (roll) sementara anda menarik brek tangan? Apatah lagi kalau anda memarkir kenderaan di kawasan yang bercerun. Untuk rekod, jika brek tangan digunakan ia akan menarik satu kabel yang yang akan mengunci 2 tayar di belakang berbanding dengan menekan pedal brek yang mengunci 4 tayar

Bagi kawasan yang bercerun, adalah dinasihatkan anda untuk menggunakan brek tangan, atau brek kaki (Alza, Camry lama) bersama sama dengan parkir brek untuk mengelakkan kereta anda daripada menggelungsur.

Dalam gear automatik, terdapat satu mekanisme kunci atau pin, dimana gear akan dikunci dengan pin ini apabila tombol gear berada dalam P. Malangnya pin atau kunci ini boleh rosak, atau patah jika dilanggar kenderaan lain dari belakang atau depan. Untuk mengelakkan pin ini rosak, adalah dinasihatkan supaya kita menggunakan brek tangan atau parkir brek atau EPB semasa kenderaan diparkir dalam keadaan bercerun

Apabila memarkir di jalan atau kawasan bercerun, pertama brek sekuat hati apabila kita sudah masuk ke petak parkir. Dalam keadaan pedal brek ditekan, ubah kedudukan gear dari D kepada P. Akhir sekali tarik brek tangan, atau tekan brek kaki atau aktifkan Electric Parkir Brek. Setelah itu barulah lepaskan pedal brek.

SOP ini memastikan beban kenderaan dipindahkan daripada 4 brek cakera kepada 2 brek parkir di roda belakang dan juga gear P.

Oh ya penulis memang merujuk kepada buku panduan Toyota disebabkan syarikat ini adalah syarikat yang paling konservatif, paling susah untuk ikut orang lain, paling takut jika disaman kalau membabitkan keselamatan dan telah melakukan pelbagai kajian sebelum menerbitkan buku panduan untuk kegunaan orang ramai

Soalan saya, TikTokers ini ikut buku panduan mana sebenarnya?

Oh ya, penulis pernah memiliki sehingga lebih 10 kereta dalam satu masa, menguruskan beberapa ratus kereta automatik dalam pelbagai acara dan semuanya diparkir terus tanpa berhenti di gear N. Elok je sampai sekarang

Bagi kebanyakan kenderaan moden even termasuk kereta marhaen seperti Axia sekali pun, ia akan diberikan ciri Hill Start Assist atau singkatannya HSA. HSA akan memberikan brek selama 2 saat selepas brek tangan dilepaskan bagi memudahkan pemandu menukar gear dan bergerak daripada parkir yang bercerun tanpa risau menggelungsur ke belakang.

Bayangkan kalau anda membawa kereta yang menggunakan gear tanpa tombol seperti Kia Grand Carnival? Jadi kita kena pulas gear rotari tu ke kedudukan N, lepas tu baru tekan butang P?

Google ads
Back to top button