Buletin

SKODA SCALA – HATCHBACK BANDAR YANG LAWA NI OI!

Pengeluar kenderaan dari Republik Czech mempunyai deretan kenderaan yang cukup sesuai dari pelbagai peringkat umur. Mereka ada SUV, Sedan dan sudah tentu model hatchback. Jika sebelum ini mereka mempunyai Skoda Fabia yang cukup terkenal itu, sebenarnya mereka juga mempunyai lagi model hatchback yang tidak kurang lawa juga, Skoda Scala.

Skoda memposisikan model Scala ini diantara model Fabia dan juga Octavia dan mereka meletakkan ianya sebagai pencabar bagi kenderaan segmen C. Ianya mula diperkenalkan dalam pasaran pada tahun 2018. Skoda Scala ini dibangunkan berdasarskan pelantar daripada MQB-A0 yang mana model seperti Skoda Kamiq dan juga Volkswagan Polo turut berkongsi pelantar yang sama.

Dan Skoda kini bersedia memperkenalkan Skoda Scala 2024 yang telah diperkemas dan dipertingkatkan lagi penampilannya. Walaupun hanya facelift, namun Skoda telah memberikan rupa hadapan yang lebih baharu dan juga segar. Rekaan lampu, bampar dan gril baharu membuatkan rupa hadapan kelihatan lebih dinamik.

Rekaan bahagian bekalang pengeluar yang berpusat di Mladá Boleslav itu turut diberikan rekaan baharu melibatkan lampu dan juga bampar belakang yang turut mempunyai difuser. Perkataan SKODA turut diletakkan di bahagian tengah belakang.

Rim bersaiz 18 inci yang dipasang juga kelihatan juga ngam untuk Skoda Scala ini. Bahagian atas bumbung juga kini dipasangkan bumbung kaca panorama sehingga ke penumpang belakang untuk lebih ciri mewah.

Skoda Scala ini menawarkan dua pilihan trenkuasa dengan yang pertama menggunakan enjin 1.0 TSI tiga silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimunm 95 HP. Seperti biasa, kotak gear manual enam kelajuan dan juga DSG tujuh kelajuan turut ditawarkan.

Manakala enjin 1.5 TSI juga dan sistem transmisi yang sama turut ditawarkan mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 HP.

Dari segi ciri keselamatan, Skoda Scala ini turut menawarkan ciri moden seperti Front Assist with Pedestrian Monitor dan juga Lane Assist and Traffic Sign Recognition selain daripada sembilan beg udara untuk melindungi penumpang.

Skoda menawarkan tiga pilihan tetapan untuk sistem ampaian bagi model ini yang boleh dipilih pemilik kelak. Sama ada mahu standard dengan ketinggian tambahan 15mm daripada permukaan tanah, Sport Chasis Control dengan 15mm lebih rendah dan juga 10mm lebih rendah.

Dengan pengenalan model facelift ini, sudah tentu Skoda mengharapkan agar model Scala ini kekal laku dalam pasaran. Sehingga ke hari ini, Skoda Scala ini telah terjual sehingga 229,400 unit dengan Republik Czech, Jerman dan juga Poland adalah negara yang paling banyak terjualnya model ini.

BACA : SKODA FABIA MONTE CARLO BAHARU – LEBIH LAWA DAN LEBIH LAJU

BACA : SKODA KAMIQ – SUV KETIGA DALAM KELUARGA SKODA

Google ads

B K

Back to top button