
RASMI: MODENAS KEMAS KINI ELEGAN EX – RM17,780
MODENAS dengan rasminya memperkenalkan Modenas Elegan EX yang telah dikemas kini dengan warna dan ciri lebih segar bagi tahun 2025.
Menurut MODENAS, Elegan EX kini hadir dengan dua warna baharu; Deep Blue dan Plain Grey.


Selain warna, Elegan EX ini turut menampilkan penghadang angin yang lebih sporty dan serba hitam, lampu isyarat LED serta logo MODENAS terkini. Nama skuter maxi 250cc itu juga bertukar dari Elegan 250EX kepada Elegan EX sahaja.

Meskipun begitu, Elegan EX masih lagi dipacu enjin satu silinder 249cc SOHC yang berupaya menjana 22.4hp pada 7,000rpm dan 22.4Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula dikendalikan transmisi automatik CVT.

Antara kekuatan utama Elegan EX adalah kehadiran tangki bahan api 14-liter yang menawarkan perbatuan tinggi sekaligus sesuai untuk tunggangan jarak. Beberapa ciri yang turut dikekalkan dari generasi sebelumnya termasuk cakera brek dengan ABS.

Bagi tahun 2025, Modenas Elegan EX kini ditawrakan pada harga RM17,780.
GALERI: MODENAS ELEGAN EX 2025


















