
NISMO LANCAR KHIDMAT RESTORASI NISSAN SKYLINE. TAPI ANGGARAN KENA ADA RM1.7 JUTA!!!
Sejak beberapa tahun lalu, nilai model Nissan Skyline mencanak macam roket.
Bahkan, pengeluar kenderaan Jepun itu telah melancarkan perkhidmatan restorasi jentera ikonik sport terbabit sekali gus dapat memastikan nilai terus berkekalan untuk berdekad lamanya.
Program dilaksanakan melalui Divisyen Nismo yang menjual komponen asli kereta klasik tersebut sejak tahun 2017 lagi.

Begitupun, program restorasi itu sangat komprenhensif dan mahal.
Terlebih dahulu, proses awal program restorasi akan menanggalkan komponen kenderaan sebelum menyembur cat berwarna putih pada bahagian kerangka dan casis.
Dengan menggunakan teknologi alat pengukuran tiga dimensi (3D), ia akan mengenalpasti segala ketidak sempurnaan dan kecacatan pada casis terbabit serta membaikinya.

Ia akan melalui proses rendaman electrodeposition untuk membuang karat-karat yang terdapat pada kenderaan.
Nismo akan menggunakan mesin untuk menguji tahap torsional rigidity bagi mengurangkan bunyi dan getaran panel dengan meletakkan logam pada bahagian lantai kereta sebelum dihantar proses mengecat.
Dalam pada itu, enjin asal Skyline RB26DETT akan dileraikan dan dipasang semula, mekanikal overhaul, overhaul enjin atau digantikan dengan komponen baharu. Ia akan diperiksa mengikut piawaiaan.

Apabila proses ini dilakukan, Nismo akan menggantikan setiap bushing, bolt dan nat terakhir dengan komponen zero-miles.
Semua di dalam sistem elektrik bermula dari penyambung, ECU dan pendawaiaan akan diuji dengan terperinci.
Sistem suspensi dan brek juga akan dibangunkan semula malah pemasangan wayar asal akan diperiksa dan akan dibaiki sekiranya terdapat kerosakan.

Bagi kemasan dalaman pula, para pelanggan mempunyai pilihan untuk mengekalkan penggunaan upholsteri lama atau digantikan dengan yang baharu, sama seperti apa dipasang pada R35 pada ketika ini.
Jika ingin mengekalkan kabin asal, Nismo akan membaiki dan membersihkan upholsteri asal.
Ini kerana versi asal tidak lagi dapat ditawarkan kepada para pelanggan disebabkan terdapat perubahan pada peraturan kalis api.

Kereta yang siap menjalani proses restorasi akan menjalani ujian dyno dan penguji NISMO akan memandu uji kereta tersebut melalui pelbagai ujian.
Nismo memberitahu, anggaran bagi proses restorasi berkenaan bermula pada harga AS$433,000 (RM1.7 juta). –agensi.
- BACA: LAMBORGHINI COUNTACH KACUKAN HYUNDAI, LEXUS, SUBARU, SKYLINE GT-R R32
- BACA: PEGAWAI IMIGRESEN TERIMA SKYLINE R35, ALPHARD, LANCER. GANJARAN MUDAHKAN URUSAN KELUAR MASUK WARGA ASING
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R V-SPEC NUR II 2002 HARGA RM2 JUTA. PLASTIK SEAT PUN BELUM BUKA LAGI
- BACA: NISSAN SKYLINE 2020 JDM, SEDAN WARISAN LEGENDA
GALERI: