Buletin

NISSAN SKYLINE GT-R V-SPEC NUR II 2002 HARGA RM2 JUTA. PLASTIK SEAT PUN BELUM BUKA LAGI

Sebuah syarikat import eksport Jepun, JDM Expo mengejutkan ramai peminat kereta JDM apabola mahu menjual sebuah Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nur buatan tahun 2002 pada harga AS$485,000 (RM2 juta).

Sedia maklum bahawa harga jentera Skyline terus naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama model generasi R34.

Malah, sebuah Skyline GT-R M-Spec Nur dengan warna Millennium Jade berjaay dijual pada harga AS$313,645 (RM1.3 juta) dalam satu acara lelongan di Jepun awal bulan lalu. 

Dikatakan hanya terdapat 144 unit model M-Spec Nur Skyline dengan warna ini dan ia hanya mencatat perbatuan sebauh 6,817km. 

Jika dibandingkan dengan Skyline GT-R V-Spec II Nur ini, cuma 718 unit sahaja dihasilkan oleh Nissan dan satu daripada 156 didatangkan dalam warna Millennium Jade. Walaupun ia tidaklah rare seperti model M-Spec Nur dengan warna sama, jentara ini cuma menctat perjalanan sejauh 362km sahaja. 

Skyline GT-R V-Spec II Nur diperkenalkan pada tahun produksi terakhir R34 dan dibina berasaskan kepada model V-Spec II yang dilancarkan pada tahun 2000. Mendapat namanya daripada litar Nurburgring, ia dikuasakan oleh enjin RB26 berkapasiti 2.6 liter turbo berkembar enam selinder sebaris yang mampu menjana kuasa 330hp. 

Model itu juga menerima naik taraf seperti model-model V-Spec II yang melibakan suspensi lebih keras, brek besar dan hud gentian karbon. 

Jelas sekali kereta ini lebih banyak menghabiskan masanya di dalam garaj sehinggakan plastik pada tempat duduknya pun masih belum dibuka. Pemiliknya tahu bahawa ia akan menjadi model kegilaan ramai dan menjaganya dengan cukup rapi. 

Adakah ia benar-benar bernilai RM2 juta? Sukar untuk dijelaskan. Dengan jumlahnya yang semakin terhad, jangan terkejut jika ada orang yang sanggup membelinya. 

GALERI

Google ads
Back to top button