Buletin

RASAI KEMERIAHAN CNY KALI INI DENGAN BHPETROL

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, BHPetrol meneruskan tradisi untuk memulakan tahun baru dengan mengadakan majlis sambutan bersama para pelanggan, rakan perniagaan dan rakan sekerja di stesen BHPetrol di Cheras, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.  

Beg cenderahati penuh dengan makanan ringan, minuman dan limau mandarin diagihkan kepada para pelanggan sebagai bekalan untuk perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Pelanggan juga menerima angpow yang diisi baucar BHPetrol sebagai mengikut tradisi sambutan Tahun Baru Cina.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Wong Yau Duenn yang memberi penerangan tentang pelbagai tips keselamatan jalan raya. Terutama kepada pemandu yang akan memandu perjalanan jauh.   

“Kepada semua pelanggan, Selamat Tahun Baru Cina, GONG XI FA CHAI! Berhati-hati ketika memandu, semoga selamat dan bergembira menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang.

“Berhentilah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api Infiniti untuk perjalanan yang lancar.

“Jangan lupa untuk membeli makanan dan minuman ringan daripada kedai serbaneka BHPetromart. Apa yang penting – janji selamat sampai,” kata Azizul.

Google ads
Back to top button