LEBIH MUATAN PENUMPANG, PEMANDU E-HAILING TERPAKSA HALAU SEKUMPULAN WANITA
Tular di sosial media apabila seorang pemandu e-hailing terpaksa mengarah penumpang, sekumpulan wanita, untuk keluar kerana melebihi muatan sepatutnya.
Ramai mengambil ringan perkara ini kerana untuk makluman, kawalan terhadap kenderaan terjejas jika dinaiki melebihi muatan penumpang sekali gus mendedahkan risiko bahaya kepada pemandu serta penumpang.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @safrah699, kenderaan jenis sedan itu hanya boleh menerima 4 orang penumpang dalam satu masa.
Susulan itu, pemandu e-hailing terbabit secara baik memberitahu hanya 4 orang penumpang dibenarkan masuk.
Walau bagaimanapun kelima-lima wanita itu bertegas dan berusaha masuk dengan mengatakan kesemua mereka muat berada di dalam kereta tersebut.
“Empat orang saja, jangan banyak-banyak tak muat nanti. Mana muat kalau ramai, adui korang ni, runtuh nanti kereta saya.
“Keluar, keluar, keluar sebelum saya cancel (batal tempahan). Haa saya dah cancel, keluar semua saya dah cancel,” kata pemandu itu.
Meninjau di ruangan komen, netizen juga mengecam tindakan sekumpulan pelajar wanita berkenaan kerana tidak mahu mengambil jenis kenderaan yang lebih besar untuk memuatkan mereka berlima.
“Sebenarnya benda ni nampak kecik untuk sesetengah orang tapi besar bagi orang yang buat grab, sebab kalau kena saman rabak duit poket weyhh,” komen pengguna TikTok.
“Grab kan boleh pilih kereta 4 seat or kereta lebih besar…beza singgit dua je pun.” luah pengguna TikTok lain.
“Saya rasa mungkin dia lupa naik grab harini, selalu prebet sapu boleh pakat sumbat je, harga ikut hati nurani driver.”
- BACA: OPS E-HAILING: JPJ AMBIL TINDAKAN TERHADAP MAXIM, BENARKAN KENDERAAN TANPA PERMIT BEROPERASI
- BACA: PERAGUT MENYAMAR JADI RIDER E-HAILING BERJAYA DIBERKAS
- BACA: TERLALU LETIH, RIDER E-HAILING MENINGGAL DUNIA KETIKA HANTAR BUNGKUSAN
- BACA: PEMANDU E-HAILING HILANG KERETA, DICURI PENUMPANG WANITA DIDAKWA SAKIT MENTAL