Artikel Pilihan

NISSAN DIKHABARKAN MAHU KELUARKAN SEMULA SILVIA

Dekad 1990an menyaksikan Nissan memiliki banyak barisan model kereta sport dalam tawaran mereka. Antaranya ialah Nissan Skyline GT-R, barisan model pacuan belakang 300ZX dan model sport mampu milik iaitu Nissan Silvia. Sayangnya pada hari ini hanya Skyline GT-R dan Nissan 300Z masih kekal dalam barisan pengeluaran Nissan

Selepas tahun 2002, Silvia telah dihentikan pengeluaran tanpa pengganti. Tapi mengikut maklumat terbaru Best Car, terdapat usaha daripada Nissan untuk menghidupkan semula nama Silvia sebagai sebuah kereta sport berkuasa elektrik sepenuhnya

Usaha ini dimulakan oleh Matthew Weaver iaitu Timbalan Presiden Nissan Design Europe pada melalui satu lakaran kasar (artist impression) pada September 2021. Lakaran ini hanya mengambarkan sebuah coupe sport 2 pintu namun media Best Car membuat spekulasi bahawa lakaran ini menarik ramai peminat Silvia yang mahukan sebuah kereta sport EV daripada Nissan

Tapi masalah terbesar ialah platform paling moden Nissan iaitu CMF-EV (Common Module Family) yang dibangunkan secara kerjasama antara Nissan-Renault-Mitsubishi yang sekarang ini digunakan oleh Nissan Ariya tidak direka untuk pacuan belakang semata-mata tapi pacuan depan atau pacuan semua roda yang digunakan oleh ketiga-tiga syarikat

Sekiranya platform baru pacuan belakang semata-mata dibina, ia bukanlah pilihan yang murah memandangkan Nissan-Renault masih bergelut dengan masalah kecairan modal dan jualan yang perlahan. Makan modal kalau nak bangunkan satu platform dedikasi khas untuk Silvia pacuan belakang

Sebagai contoh, Nissan 400Z yang baru dilancarkan oleh Nissan menggunakan platform FM (front midship) iaitu enjin berada di depan cesi, tapi di belakang gandar depan bagi agihan berat yang sekata. Konsep ini berjaya membuat kos pengeluaran dan harga jualan Nissan 400Z lebih murah berbanding Supra.

Google ads
"
"
Back to top button