Buletin

NISSAN JEPUN UMUM TUTUP TEMPAHAN Z, ARIYA – MASALAH KEKURANGAN KOMPONEN & COVID-19

Nissan Jepun baru-baru ini menutup buku tempahan bagi model EV Ariya dan Fairlady Z buat sementara waktu disebabkan oleh kelewatan stok cip semikonduktor serta gangguan terhadap rantaian bekalan disebabkan oleh COVID-19.

Menurut Nissan, mereka sudah pun menerima banyak tempahan bagi model Ariya varian pacuan dua roda dan untuk tempoh terdekat Nissan mengutamakan pengedaran bagi model-model Ariya B6 e-4ORCE dan B9 edisi terhad.

“Untuk memastikan model Nissan Ariya dan Fairlady Z dapat diedarkan kepada semua pelanggan yang telah menempah, kami membuat keputusan untuk menghentikan tempahan buat sementara waktu (bermula akhir Julai),” ujar Nissan dalam satu kenyataan.

Bukan sahaja di Jepun, malah Nissan turut berdepan dengan masalah yang sama di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Carscoops, disebabkan angka yang tinggi program tempahan bagi model Nissan Ariya terpaksa ditutup pada bulan Mei 2022.

Namun begitu, Nissan US memberi jaminan kedua-dua model Ariya dan Z akan tiba di pasaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. – Carscoops

Google ads
Back to top button