
PERODUA ALZA CATAT TEMPAHAN 30,000 UNIT. PALING TINGGI DALAM SEJARAH!
Perodua Alza serba baharu yang rasmi dilancarkan pada hari ini telah menerima lebih 30,000 tempahan sejak 23 Jun 2022. Ini merupakan jumlah tempahan tertinggi dalam sejarah Perodua.
“Pencapaian ini adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kerana pengguna mahu memanfaatkan pengecualian cukai jualan (SST) yang berakhir pada 30 Jun lalu.
“Perodua telah menerima lebih 200,000 unit tempahan dengan 15 peratus daripadanya ialah model Alza,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Faktor-faktor lain termasuklah rekaan Alza yang menarik dan tampil dengan pakej bernilai tinggi. Ia merangkumi aspek penjimatan bahan api, teknologi keselamatan, ketersambungan digital serta banyak lagi.

Dianggarkan hampir 4,000 orang pelanggan menukar Alza sedia ada mereka kepada model baharu, walaupun tempahannya belum dibuka.
Sejumlah pelanggan bakal menerima Alza baharu masing-masing daripada 195 bilik pameran di seluruh negara. Perodua juga memberi jaminan bahawa pelanggan yang menempah Alza baharu sebelum 30 Jun 2022 akan menerima kereta mereka sebelum Tarikh akhir 31 Mac 2023.
Alza 2022 ditawarkan dalam tiga varian iaitu X, H dan AV pada harga bermula RM62,500 hingga RM75,500 seunit.
BACA: KENAPA PERODUA ALZA BARU TAK GUNA ENJIN TURBO?
BACA: PERODUA ALZA 2022 VS HONDA BR-V 2022. MANA LAGI BEST?
BACA: TEMPAHAN PERODUA ALZA 2022 KINI DIBUKA. 3 VARIAN, PSDA, ASA STANDARD, BERMULA RM62K!
BACA: LAMAN WEB PERODUA TAYANG 5 CIRI UTAMA PERODUA ALZA 2022