Artikel Pilihan

NISSAN MURANO R35 GT-R – SUV SUMPAHAN BUATAN TEMPATAN

Nissan mungkin dan berhenti terima tempahan untuk Nissan GT-R R35 tapi percayalah akan sentiasa ada peminat yang masih mahu membelinya. Kami pun sama cuma belum ada pembeli lagi untuk buah pinggang dan organ lain. Kini seorang peminat tempatan bertindak kreatif dengan menghasilkan sebuah GT-R SUV. Idea yang Nissan sendiri tak pernah terfikir nak buat.

Kalau semuanya berjalan lancar ia akan menjadi sebuah SUV yang praktikal tapi dengan penampilan agresif GT-R. Nama yang sesuai rasanya ialah Murano GT-R. Tak kisahlah asalkan jangan merana di kemudian hari.

Ciptaan unik ini diasaskan dari Nissan Murano generasi pertama. Mungkin kena tilik betul-betul baru boleh cam. Dilihat dari foto-foto jelas sekali ia bukan modifikasi yang enteng. Hanya enjin dan chasis  Murano asal dikekalkan, bahagian lain memang banyak diubahsuai.

Bahagian depan dan belakang memang semua orang kenal penuh dengan ciri-ciri Nissan GT-R. gril dan bampar menyerupai facelift genrasi kedua yang diperkenalkan pada tahun 2016. Cuma lampu utama dan belakang mungkin dari model terdahulu.

Bahagian belakang disambung sedikit untuk memuatkan spoiler berganda. Cantik ke? Itu bergantung pada mata yang memandang. Namun kalu dilihat pada ruang antara panel belakang kemungkinan besar pintu belakang dah tak boleh buka kot?

Projek ni belum siap sepenuhnya. Kalau nak tengok perkembangan boleh berkunjun ke laman FB K1 Racing.

Google ads
Back to top button