Buletin

NISSAN NOTE AURA NISMO DILANCARKAN DI JEPUN. SISTEM E-POWER, 134hp, BERMULA RM111.5K

Nissan akhirnya melancarkan model kompak Nissan Note Aura Nismo ke pasaran Jepun dengan jualannya bakal bermula pada tahun ini. 

Apa yang membuatkan jentera itu menyerlah ialah reka bentuknya yang mengambil inspirasi daripada kereta lumba Formula E Nissan. 

Bahagian hadapan dipasang dengan splitter Nismo berwarna mewah. Ia juga dilengkapi rim aluminium 17 inci, perumah cermin sisi dan skirting sisi berwarna merah. Fascia belakang pula tampil agresif dengan rekaan bampar tersendiri dan peresap udara. 

Perubahan ruang kabin melibatkan tempat duduk jenis bucket yang dibalut oleh gabungan kulit sintetik dan fabrik. Tempat duduk itu juga menerima sulaman logo Nismo dan jahitan benang merah/kelabu. 

Note Aura Nismo dikuasakan oleh sistem e-Power yang sama seperti model biasa. Rangkaian kuasa tersebut terdiri daripada enjin tiga silinder 1.2 liter yang bertindak sebagai generator dan sepasang motor elektrik untuk menggerakkan roda. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 134hp dan tork 300Nm. 

Varian Nismo didatangkan dengan tiga tetapan mode pemanduan, termasuklah mode Nismo yang menawarkan maklum balas pecutan lebih baik. Sementara mode Normal dan Eco ditala khas untuk model ini bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih selesa. 

Nissan menyatakan rekaan luaran Note Aura Nismp yang unik turut menawarkan aspek downforce. Sekali gus meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi. Pengendalian mantap pula disediakan oleh tetapan suspensi yang unik. 

Note Aura Nismo ditawarkan pada harga 2.87 juta yen (RM111,500) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button