Buletin

NISSAN NP300 NAVARA – HARGA BERMULA RM85,000

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan harga angaran untuk trak pikap serba baharunya, Nissan NP300 Navara yang akan dilancarkan pada November.

Nissan-NP300-Navara-leaflet-mekanika (2)

Harga anggaran adalah seperti berikut:

Double Cab Semenanjung Sabah & Sarawak
2.5VL (AT) RM125,000 RM126,000
2.5V (AT) RM115,000 RM116,000
2.5SE (AT) RM109,000 RM110,000
2.5SE (MT) RM104,000 RM105,000
2.5E (MT) RM95,000 RM96,000
Single Cab 2.5L (MT) RM85,000 RM86,000

Nissan-NP300-Navara-leaflet-mekanika (3)

NP300 Navara merupakan trak pikap paling berkuasa dalam segmennya yang dilengkapi dengan enjin 2.5L YD25DDTi generasi ketiga yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa maksimum 190PS dan tork 450Nm/2,000rpm.

Dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan bersama mode manual yang pertama dalam kelasnya, pemanduan dipastikan menjadi lebih berkuasa dan pecutan lebih lancar.

Nissan-NP300-Navara-leaflet-mekanika (1)

Spesifikasi-spesifikasi lain yang menarik termasuklah suspensi belakang multi-link serba baharu yang menawarkan tahap keselesaan seperti SUV, topang gril ‘V-motion’ yang tersendiri, Lampu Utama LED dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) berbentuk boomerang yang mengagumkan, spoiler belakang dan rim aloi baharu bersaiz 18 inci.

NP300 Navara menawarkan keselesaan dan kemewahan seperti model-model premium Nissan yang lain. Tempat duduk yang diinspirasikan daripada graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) mengurangkan keletihan dalam perjalanan panjang. Manakala pendingin hawa dua zon automatik dan corong pendingin hawa di belakang memberikan penyejukan kabin yang optimum.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (8)

NP300 Navara hadir dalam empat warna iaitu oren, perak, hitam dan putih.

Orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat trak pikap sebenar ini dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan yang berlangsung di seluruh negara bermula pada 15 Oktober 2015. Antara tarikan yang disediakan adalah paparan seni lantai 3D NP300 Navara.

Google ads
Back to top button