Buletin

NISSAN UK MERAIKAN PEMBUATAN MODEL KE 11 JUTA!

Nissan Motor Manufacturing (UK) Ltd melalui kilang pembuatannya di Sunderland telah meraikan pembuatan model yang ke 11 juta semenjak produksi pertamanya dimulakan pada tahun 1986.

Dengan pencapaian yang hebat dan gemilang ini, secara puratanya kilang Nissan Sunderland ini telah berjaya menghasilkan model kenderaan setiap dua minit, setiap jam, dan juga setiap hari selama 37 tahun lamanya. Suatu pencapaian yang bukan biasa – biasan.

Sejarah Nissan di United Kingdom ini telah lama bermula semenjak dari era jenama Datsun wujud lagi. Pada tahun 1971, hanya sejumlah 6,000 unit jenama Datsun telah berjaya dijual yang dibawa masuk terus dari Jepun dan secara tiba tiba meningkat ke angka 30,000 unit setahun kemudian jualannya. Dan jumlahnya terus meningkat ke angka 100,00 di penghujung era 70an memungkinkan langkah pengimportan terus dari Jepun tidak lagi menjadi pilihan yang ideal.

Kemudiannya pada tahun 1984, Nissan dan pemerintah kerajaan UK ketika itu berjaya mencapai persetujuan untuk membina kilang pembuatan kereta di sana. Dan akhirnya, sebuah kawasan pertanian hijau seluas 799 ekar di Sunderland telah dipilih untuk dijadikan sebagai tujuan tersebut.

Asalnya dahulu tapak ini merupakan milik Royal Air Force (RAF) Sunderland dan ianya agak berhampiran dengan pelabuhan mudah untuk diakses melalui laluan darat dari Lapangan Terbang Newcastle menjadikan ianya sebagai pilihan yang cukup ideal untuk dijadikan tapak pembinaan kilang pembuatan Nissan.

Fasa 1 kilang pembuatan ini siap pada Julai 1986 meliputi bahagian pembuatan badan, mengecat dan kemasan akhir kereta. Dan sejurus tidak lama kemudian, model pertama Nissan Bluebird telah berjaya disiapkan kini ianya dipamerkan di Sunderlan Museum & Winter Garden sebagai antara lipatan sejarah di Sunderland sendiri. Dan seterusnya, kilang pembuatan Nissan Sunderland ini terus menjadi utama buat pengeluar dari Jepun ini untuk mengilang dan memasarkan model ke serata Eropah.

Untuk model ke 11 juta, ianya adalah model SUV Nissan Qashqai e-POWER, salah satu daripada tiga model kenderaan elektrik (EV) yang dipasang di sana. Ketika model pertama mereka Nissan Bluebird dibina, ianya mengambil masa 22 jam untuk menyiapkan sebuah model. Hampir seharian. Tapi kini, model SUV EV tersebut hanya mengambil masa sekitar 8.5 jam sahaja untuk siap dibina.

Menurut Adam Pennick selaku Naib Presiden Pembuatan Nissan Sunderland, ” Pencapaian ini mencerminkan pengalaman luas yang dimiliki pasukan kami dalam pembuatan berkelas dunia untuk menghasilkan kereta berkualiti yang digemari oleh pelanggan kami.”

Terkini, penghasilan model ke 11 juta tersebut telah menghasilkan model handalan seperti Qashqai, Micra, Primera dan juga Juke dengan Qashqai mencatatkan jualan tertinggi.

Tahun sudah model Qashqai telah pun dinobatkan sebagai model jualan terbaik di UK, menjadikan ianya model buatan dari UK yang memenangi anugerah tersebut dalam tempoh 24 tahun.

Sebagai sebuah kilang pembuatan terbesar dari segi jumlah di UK, Nissan Sunderland ini telah menawarkan peluang pekerjaan kepada 6,000 orang. Dan secara total, Nissan juga telah menyokong peluang pekerjaan melalui rangkaian pembuatan kira kira lima juta komponen membabitkan Nissan.

Dan Nissan Sunderland terus merancang untuk memperluaskan operasinya melalui pengenalan gigafactory kelak melalui projek EV36Zero.

BACA : NISSAN DEDAH MODEL QASHQAI e-POWER ‘KURO EDITION’, 156HP, HARGA BERMULA RM212K

BACA : SEGALANYA TENTANG TESLA GIGAFACTORY SHANGHAI

Google ads

B K

Back to top button