NISSAN Z GT4, MODEL LUMBA LEBIH RM1 JUTA!
Nissan Motor Co., Ltd. dan Nissan Motorsports and Customizing Co., Ltd. (NMC) memperkenalkan Nissan Z GT4 yang dibuat khusus untuk bersaing di dalam kelas perlumbaan GT4.
Model ini pertama kali dipertonton pada September lalu dalam grafik tradisi NISMO dan terbaru menampilkan grafik perlumbaan vintaj dan rekaan moden sempena SEMA 2022.
Tukup (hood) enjin menayangkan angka 23 yang merupakan nombor eksklusif Nissan di dalam bulatan atau matahari menaik seperti grafik perlumbaan era 70-an.
Dari depan, grafik merah berjalur dan nombor 23 tersebut berjaya menonjolkan aura kereta lumba klasik Nissan atau terasa seperti melihat kereta lumba Fairlady 240ZG 1973.
Panel sukuan belakang yang membawa logo Z baharu adalah interprasi moden logo asal 240Z dan Fairlady Z.
Keseluruhan badan kereta dibuat dalam skema warna merah dan hitam Nissan dan NISMO yang berjaya menaikkan ekspresi garang kereta ini.
Untuk musim pertama pada 2023, Nissan/NISMO akan membekalkan kereta buat pasukan pelanggan perintis untuk siri SRO Pirelli GT4 America dan Super Taikyu Jepun.
NISMO juga akan menawarkan sokongan teknikal dan tempahan mula dibuka pada pertengahan 2023 dan penghantaran dijadual pada 2024.
Di dalam tempoh pembangunan Nissan Z GT4, NISMO bukan sahaja melakukan ujian ekstensif di Jepun dan Amerika Syarikat malah turut mengambil bahagian di dalam beberapa perlumbaan di Jepun.
Penyertaan itu dibuat bagi memenuhi keperluan pelumba profesional dan memastikan pelumba amatur dapat menikmati dinamika dan prestasi menyeronokkan kereta lumba ini.
Spesifikasi Nissan Z GT4:
- Panjang – 4,380 mm
- Lebar – 1,870 mm
- Berat – 1,410 kg*
- Enjin – VR30DDTT 2,997 cc
- Kuasa – 450 hp dan tork 600 Nm*
- Roda – 18 x 10.5 inci (depan) 18 x 11 inci (belakang)
*Tertakluk kepada pengesahan SRO
Berkenaan harga, sebuah Nissan Z GT4 dengan pakej perlumbaan yang diperlukan ditawarkan pada AS$229,000 (RM1,086,839.11).
Harga itu tidak termasuk cukai, logistik dan sebagainya dan sebagai kereta lumba, Nissan Z GT4 tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan di jalan raya awam.
BACA: KERETA CORAK KAYU INI ASALNYA NISSAN ARIYA! IDEA KREATIF DARI AS
BACA: NISSAN VERSA (ALMERA) 2023 AMERIKA SYARIKAT DENGAN V MOTION BAHARU!
BACA: NISSAN NV200 VANETTE 4WD 2022 DIPERKENAL DI JEPUN