Artikel Pilihan

OLIVER SOLBERG BAKAL MEMANDU JENTERA HYUNDAI i20 COUPE WRC

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia entah siapa yang tahu. Barangkali perumpamaan begini tepat untuk menggambarkan hati dan perasaan pemandu muda, Oliver Solberg. Jika sebelum ini, beliau baharu sahaja menerima perkhabaran gembira setelah disunting untuk menyertai pasukan Hyundai dan memandu jentera Hyundai i20 R5, kini beliau mendapat satu lagi perkhabaran gembira.

Oliver Solberg 19 tahun, anak kepada pemandu lagenda Petter Solberg telah dikhabarkan untuk memandu jentera Hyundai i20 Coupe WRC untuk perlumbaan di Artic Finland Rally penghujung bulan ini. Sudah tentu perkhabaran ini sesuatu yang amat ditunggu buat mana – mana pemandu yang menyertai dunia rali. Memandu dalam kelas teratas, WRC.

Oliver Solberg dan Juruarah, Aaron Johnston bakal disenaraikan dalam pasukan 2C Compétition bersama seorang lagi pemandu muda dari Perancis  Pierre-Louis Loubet. Ternyata perkhabara ini sesuatu yang cukup memberangsangkan buat pemandu yang memilih kerakyatan Sweden berbanding Norway setelah berjaya memandu jentera yang lebih berkuasa dan pacuan empat roda dalam tempoh hanya dua tahun sahaja.

Prinsipal Pasukan Hyundai, Andrea Adamo pula memberikan ulasan ringkas tentang perkara. Pertama, enjoy tentang debut ini. Tiada tekanan. Dan pastikan Oliver Solberg berjaya melintasi garisan penamat Power Stage. Itu sahaja.

Sementara itu, Oliver Solberg telah pun berjaya mengharungi sesi ujian bersama jentera WRC yang bakal dipandunya kelak di kawasan berhampiran Rovaniemi. Sudah tentu lokasi tersebut dipilih bagi mendapatkan feel sebenar sebelum berlumba di Utara Finland kelak.

Pada sesi ujian tersebut, Oliver Solberg yang sememangnya tidak asing lagi berlumba dalam keadaan bersalji menguji beberapa siri tetapan untuk sistem ampaian bagi memahami sepenuhnya karektor i20 Coupe WRC. Namun pengalaman yang dimiliki oleh Oliver Solberg ketika menyertai siri Rallycross beberapa tahun sudah dengan jentera yang lebih berkuasa berbanding R5, ternyata sudah bersedia sepenuhnya untuk mengawal jentera WRC yang sememangnya diakui lebih berkuasa dan laju.

Kalau kena gaya, mungkin tahun hadapan giliran anak muda Sweden ini untuk beraksi penuh dalam pentas WRC pasti tiba. Tapi kena buktikan terlebih dahululah beliau cukup bagus sepanjang aksi musim ini.

BACA : SOLBERG DAN SUBARU KEMBALI BERGABUNG

BACA : RALLY SWEDEN LOCKDOWN – OLIVER SOLBERG MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button