" "
Buletin

HONDA BEKERJASAMA DENGAN GM, HASILKAN SEL BAHAN API HIDROGEN BAHARU

Honda bakal mengeluarkan sistem sel bahan api hidrogen baharu yang akan dibangunkan bersama General Motors pada tahun ini.

Honda menyasarkan jualan tahunan sekitar 2,000 unit sistem baharu itu pada pertengahan dekad ini, serta menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 60,000 unit setahun pada 2030.

Pengeluar kereta Jepun itu sedang berusaha untuk memperluaskan penggunaan sistem baharunya bukan sahaja untuk kenderaan elektrik sel bahan apinya sendiri (FCEV), malah pada kenderaan komersial seperti trak.

Menurut Honda, sistem baharu tersebut bakal adalah dua kali ganda lebih tahan lasak berbanding sistem sel bahan api terdahulu dan ia mampu mengurangkan kos sebanyak dua pertiga.

“Walaupun kenderaan komersial digunakan di seluruh dunia, mereka mungkin akan melihat elektrifikasi sama seperti kereta penumpang,” kata Pengurus Besar bahagian pembangunan perniagaan hidrogen Honda, Tetsuya Hasebe.

Dengan sistem baharu itu, ia mungkin akan membawa kepada perbezaan dalam trak yang menggunakan bateri berbanding trak menggunakan sel bahan api.

Google ads
Back to top button