Buletin

OPERASI LEXUS MUTIARA DAMANSARA KINI DIKENDALIKAN OLEH PENGEDAR

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan bahawa cawangan jenama mewah syarikat itu, Lexus Mutiara Damansara telah dipindahkan kepada pengedarnya bermula 1 Ogos 202 bagi tujuan mempertingkatkan lagi kecekapan operasi.

Ini susulan pengumuman syarikat pada awal Oktober 2017 yang menyatakan semua operasi cawangan akan dipindahkan kepada pengedar dan pihak lain.

Pengedar Hiewa Auto Gallery (Lexus) Sdn. Bhd. akan mengambil alih cawangan Lexus Mutiara Damansara.

Sekali gus memberi ruang kepada UMWT untuk menumpukan perhatian dan usaha penuh terhadap aktiviti-aktiviti utama yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar.

Sementara pengedar pula akan memberi perhatian khusus kepada usaha untuk memenuhi kepuasan dan jangkaan pengguna ke tahap yang lebih baik.

“Saya sangat teruja untuk bekerja dengan lebih rapat bersama pengedar-pengedar dalam mencapai matlamat bersama untuk Lexus Malaysia, iaitu membangunkan konsep “Best In Town” yang memberi fokus kepada layanan khusus secara peribadi kepada pelanggan.

“Walaupun langkah ini menjadi perubahan penting bagi kami, pelanggan tidak perlu risau kerana kualiti servis tidak akan dikompromi, sebaliknya akan menjadi lebih baik di masa hadapan,” kata Presiden UMWT, Ravindran K.

Maklumat lanjut berkaitan rangkaian jualan dan servis jenama Lexus di Malaysia, sila layari laman web lexus.com.my atau hubungi talian bebas tol Lexus di 1800-22-53987 atau +603-20535730.

Google ads
Back to top button