Buletin

RENAULT RUGI RM36.3 BILION 1H 2020. SAHAM JATUH 8.8%. BAKAL BUANG 14,600 PEKERJA

Renault telah mengumumkan kerugian sebanyak €7.29 bilion (RM36.3 bilion) untuk separuh pertama tahun ini.

Dalam pengumumkan perolehan suku keduanya, pengeluar kenderaan Perancis itu mendedahkan Nissan bertanggungjawab ke atas kerugian €4.8 bilion (RM24 bilion). Ia melibatkan kos penstrukturan semula dan kerugian.

Berita itu menyebabkan saham Renault jatuh sebanyak 8.8 peratus iaitu sudah 47 peratus untuk tahun ini.

Sepanjang separuh pertama tahun 2020, Renault melaporkan kerugian operasi kumpulan sebanyak €2 bilion (RM10 bilion).

Bagi membantunya mengatasi impak COVID-19, Renault menerima kemudahan kredit yang disokong oleh kerajaan berjumlah €5 bilion (RM25 bilion). Pada akhir Jun, ia memiliki kecairan sebanyak €16.8 bilion (RM83.8 bilion).

“Walaupun situasi ini tidak pernah dijagka, ia bukanlah satu pengakhiran. Kami komited untuk memperbaiki keadaan menerusi disiplin ketat dan membangunkan strategi. Kami yakin akan pulih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Renault, Luca de Meo.

Baru-baru ini, Renault mengumumkan bahawa ia akan menghentikan sekitar 14,600 pekerja di seluruh dunia dan mengurangkan kapasiti produksi sehingga satu perlima.

Langkah itu dijangka dapat memberi penjimatan sebanyak €600 (RM2.99 bilion) pada tahun ini.

Tags
Google ads
Back to top button