Modifikasi

PERODUA KANCIL MIRA L500

Perodua Kancil mungkin model kereta yang paling popular untuk diubah suai sejak ia mula diperkenalkan lagi. Malah, sehingga zaman Perodua dah buat Myvi dan Alza pun masih ramai orang layan Kancil.

SONY DSC

Mungkin half-cut Mira dari Jepun sudah sangat banyak. Sebab itulah hobi mengubah suai kereta kecil ni masih rancak hingga ke hari ni. Jujurnya, saya bukanlah peminat Kancil. Tetapi aku tetap respek kepada orang yang minat kereta ni.

Kancil hijau yang dah bertukar wajah ini milik Rezlan dari Kelang. Sebagai seorang mekanik, saya tak hairan kereta dia boleh jadi secantik ini.

SONY DSC

Bermula sebagai Kancil 850 keluaran tahun 2000, transformasi Kancil ini menjadi Mira bermula dengan nadinya. Ya, sebenarnya tak guna nak ubah suai enjin Kancil sedia ada memandangkan teknologi yang digunakan dah ketinggalan zaman.

Untuk bersaing dengan kereta-kereta moden, Rezlan menggantikan enjin asal Kancil itu dengan enjin JB-JL 660cc turbo intercooler daripada half-cut Mira L500.

SONY DSC

Menggunakan 4 silinder dan 16 injap DOHC berbanding hanya 3 silinder dan 6 injap SOHC pada enjin asal, enjin kecil dengan pendesak turbo ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 64hp, kuasa paling tinggi yang dibenarkan untuk enjin kereta kei di Jepun.

Enjin ini diubah suai secara ringan dengan menggantikan turbin asal kepada turbin IHI RH4 VF14. Manakala intercooler top mount asal diganti dengan intercooler front mount buatan custom.

SONY DSC

Turbo dan intercooler memerlukan paip intercooler yang baru. Jadi Rezlan membina satu set paip intercooler daripada keluli tahan karat yang juga digunakan bagi sistem induksi. Penutup paip induksi turbo ialah penapis udara HKS Power Flow. Bagi melepaskan gas yang berkumpul di dalam paip, sebuah injap blow-off SARD R2D2 digunakan.

Tangki radiator asal enjin pula digantikan dengan radiator berteraskan aloi yang lebih efisyen untuk menyejukkan enjin. Sebuah pelaras bahan api daripada Tomei turut dipasang bersama-sama sebuah tangki perangkap pelincir jenama Cusco.

SONY DSC

Seterusnya, sistem ekzos Kancil ini mendapat khidmat sistem ekzos lengkap Auto Juwell yang bermula daripada manifold hinggalah ke peredam bunyi. Talaan enjin disempurnakan oleh ECU jenis piggyback daripada A’PEXi SAFC.

Satu perkara yang aku suka pasal Kancil ini, ia menggunakan kotak gear automatik. Jadi tak lenguh kaki kalau nak tempuh kesesakan jalan pada setiap hari di bandar Kelang.

SONY DSC

Selesai enjin dan kotak gear, Rezlan beralih untuk mencantikkan pengendaliannya. Sesiapa yang pernah pandu Kancil standard, anda pasti sedar betapa hampehnya pengendalian kereta ini yang sebenarnya agak menakutkan.

Namun, dengan aktifnya kejohanan perlumbaan kereta kei di Jepun, maka terdapat banyak jenis penyerap hentak jenis prestasi tinggi yang dibuat untuk chasis Kancil.  Sebagai kereta yang dipandu setiap hari di jalan raya, rasanya tak perlu buang duit guna penyerap hentak boleh laras. Penyerap hentak sports sudah memadai. Rezlan memilih untuk menggunakan penyerap hentak KYB New SR dengan pegas gegelung RSR yang cukup sedap untuk Kancil macam ini.

SONY DSC

Sistem brek ialah satu perkara yang membuatkan saya rasa nak pandu Kancil. Sekali lagi, barang Mira menyelamatkan keadaan di mana Rezlan menyalin satu set brek Mira L500 pada Kancil ini. Menggunakan brek cakera, Kancil ini boleh membrek dengan lebih baik.

Kancil ini dipakaikan dengan rim Sparco Racing 15×7 inci yang sebenarnya agak lebar dan besar. Sebab itu tayar yang digunakan hanya bersaiz 165/50 daripada jenama Falken Azenis.

SONY DSC

Anda dah boleh agak apa yang akan digunakan sebagai hiasan luaran dan dalaman Kancil ini. Bodykit pilihan ialah bodykit lengkap Mira L500 yang boleh diubah suai masuk dengan sedikit modifikasi kepada chasis Kancil yang secara asasnya ialah model Mira L200.

Saya faham betul dengan geng-geng Kancil macam ini. Takkan cukup kalau setakat masuk bodykit OEM, mesti nak cari aksesori lain nak bagi lagi gempak.

SONY DSC

Bodykit L500 disarung dengan aksesori gentian karbon untuk lips depan, cermin sisi dan penutup lampu. Skirting sisi asal L500 pula ditambah satu lapis lagi dengan skirting Works yang asalnya untuk Suzuki Alto. Spoiler pada bonet belakang itu daripada J Mode. Manakala sunroof diubah suai daripada sunroof kereta Ford (tak tau model apa).

Di bahagian dalam, pemandu dan penumpang dikelilingi oleh speaker satelit buatan Carrozerria serta Addzest. Pembesar suara spesifikasi JDM ini memberi suara kepada pemain DVD Carrozzerria yang juga barang asli dari Jepun.

SONY DSC

Barang-barang Mira yang biasa anda tengok memang ada dan lengkap 100 peratus. Misalnya papan pemuka, tempat duduk, karpet dan lain-lain. Aksesori bukan JDM yang digunakan ialah stereng Sparco jenis deep dish dan tempat duduk pemandu daripada Bride Low Max.
[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button