Buletin

PADA 2000 HONDA ACCORD WAGON SiR 4WD DIPERKENAL DI JEPUN

Accord adalah satu daripada model yang penting buat Honda. Model ini pertama kali dilancarkan pada 1976 dan kini sudah memasuki generasi kesepuluh.

Satu perkara menarik apabila Accord bermula dengan gaya badan hatchback kompak dan sebenarnya tiada satu yang tetap.

Apa yang kekal ialah dua perkara iaitu saiz kompak dari 1976 hingga 1989 dan selepas diperbesarkan menjadi saiz sederhana sehingga sekarang.

Jika disoroti sejarah, Accord dibuat dalam pelbagai gaya dari hatchback, sedan, wagon, coupe dan notchback seperti yang boleh dilihat pada generasi kesepuluh.

Suatu yang unik apabila Honda pernah memasarkan crossover yang dikenali sebagai Accord Crosstour dan dikeluarkan dari 2009 hingga 2015.

Selain crossover, satu lagi gaya badan yang unik dan menjadi perhatian penggemar dunia automotif tempatan ialah wagon.

Honda pada 1 Jun 2000 memperkenalkan Accord Wagon SiR dengan pacuan empat roda.

Accord Wagon pada masa itu adalah sesuatu yang normal dan merupakan kesinambungan generasi sebelumnya.

Accord generasi keenam menyaksikan Honda memasarkan tiga reka bentuk berbeza mengikut pasaran Jepun, Amerika Utara dan Eropah.

Selain itu, tiada lagi Accord Wagon untuk pasaran Amerika Utara manakala Accord coupe pula dihentikan di Jepun.

Model generasi keenam juga menyaksikan pengenalan varian ikonik Accord/Torneo Euro R.

Berbalik kepada Accord Wagon SiR, ia dilengkapi enjin 2.3L DOHC VTEC berkuasa 190PS dan dipadan bersama transmisi S-matic.

Satu ciri unik apabila pelanggan boleh memilih Accord Wagon SiR dengan pacuan 4WD real-time atau pacuan depan.

Sebagai perbandingan, Accord Euro R menggunakan enjin 2.2L DOHC VTEC berkuasa 220PS dengan transmisi manual dan pacuan depan.

Dari segi kosmetik dan komponen lain, bahagian depan dilengkapi lips, dua muncung ekzos, roda aloi 16 inci dan interior berwarna hitam.

Pada masa itu Honda Accord Wagon Sir dijual pada harga 2,548,000 yen manakala Accord Wagon SiR pula berharga 2,748,000 yen.

Kredit foto: Honda

BACA: PADA 2003, HONDA ODYSSEY RB1 DIPERKENAL DI JEPUN

BACA: HONDA ACCORD SM4 USDM

BACA: TIADA 1.5L TURBO UNTUK HONDA ACCORD JDM, GUNA 2.0L HIBRID

Tags
Google ads
Back to top button