Buletin

TIADA 1.5L TURBO UNTUK HONDA ACCORD JDM, GUNA 2.0L HIBRID

Accord adalah di antara peneraju sedan Honda yang begitu diminati ramai sejak generasi pertama dilancarkan pada 1976. 

Sehingga kini sebanyak 20 juta unit telah terjual di lebih 120 buah negara dan rantau di serata dunia.

Kini memasuki generasi kesepuluh, Accord dilancarkan di Amerika Syarikat pada Julai 2017.

Berbanding negara jiran iaitu Thailand pada Mac 2019, Honda melancarkan Accord di pasaran tempatan pada 26 Februari 2020.

Menariknya bukan setakat pasaran tempatan lewat menerima Accord malah pasaran Jepun juga sama apabila ia dilancarkan pada 21 Februari 2020.

Walaupun tarikh pelancaran pada bulan yang sama, kedua-dua nadi kuasa Accord pasaran tempatan mempunyai perbezaan ketara.

Accord pasaran tempatan menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan transmisi CVT dan berkuasa 201 PS dan tork 260 Nm.

Accord pasaran Jepun pula menggunakan enjin 2.0 liter DOHC i-VTEC yang digabung dengan dua motor hibrid atau terma rasminya e: HEV. Enjin itu dipadan bersama transmisi Elektrik CVT.

Kuasa enjin tunggal ialah 145 PS pada 6,200 rpm dengan tork 175 Nm pada 3,500 rpm.

Motor elektrik pula berkuasa 184 PS dari 5,000 – 6,000 rpm dengan tork 315 Nm dari 0 hingga 2,000 rpm.

Penggunaan minyak ialah 22.8 km/L berdasarkan standard WLTC.

Berikut ialah kelengkapan utama Honda Accord pasaran Jepun (JDM):

  • Honda SENSING
  • Paparan Head Up
  • Maklumat sudut buta (Blind spot)
  • Sistem beg udara lutut untuk pemandu
  • Sistem bonet enjin terangkat apabila berlaku kemalangan dengan pejalan kaki yang dapat mengurangkan impak kepada kepala
  • Lampu selamat datang pintar pada pembuka pintu
  • Penyaman udara berkembar pintar automatik dengan teknologi plasma cluster. 
  • Kawalan bunyi aktif (ANC) yang ‘memadamkan’ bunyian yang tidak perlu di dalam kereta
  • Pengecas tanpa wayar
  • Cermin suria dengan efek gelap
  • Sistem suspensi adaptif yang melaras suspensi mengikut mod pemanduan SPORT/NORMAL/COMFORT
  • Roda aluminium 18 inci yang mempunyai mekanisma pengurangan bunyi

Buat pelanggan di Jepun ada lima warna yang boleh dipilih iaitu Platinum White Pearl, Crystal Black Pearl, Luna Silver Metallic, Brilliant Sporty Blue Metallic dan Passion Red Pearl.

Honda mensasarkan untuk menjual 300 unit Acccord sebulan dan boleh dimiliki pada harga JPY4,650,000 (RM181,271).

Sebagai perbandingan, Honda Accord pasaran tempatan dijual dari RM185,900 hingga RM195,900 tanpa insurans.

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button