Artikel PilihanBuletin

PADA 2003, HONDA STREAM ABSOLUTE DIPERKENAL DI JEPUN

Pada satu ketika dahulu dua MPV buatan Jepun iaitu Honda Stream dan Toyota Wish bersaing dengan sengit sekali.

Model yang kebanyakannya diimport secara bebas daripada Jepun akhirnya ditawarkan secara rasmi oleh Honda Malaysia Sdn. Bhd. dan UMW Toyota Motor.

Honda Stream generasi pertama (RN1) mula dijual kepada pengguna Jepun pada bulan Oktober 2000.

MPV tujuh tempat duduk ini menggunakan casis sama seperti Civic yang dipanjangkan sebanyak 100 mm untuk lebih ruang pada kerusi barisan ketiga.

Stream generasi pertama dikuasakan oleh enjin 1.7L D17 dan 2.0 L K20A dengan padanan transmisi empat dan lima kelajuan automatik.

Pada 27 November 2003, Honda telah mengumumkan penawaran varian istimewa Stream Absolute yang dkuasakan enjin 2.0L K20B dengan padanan transmsisi CVT 7+ speed mode.

Keistimewaan model ini terletak pada suspensi yang ditala untuk pemanduan sporti dan berprestasi.

Enjin K20B DOHC i-VTEC tersebut menggunakan teknologi suntikan terus yang hanya ditawarkan untuk pasaran domestik Jepun.

Enjin dengan sistem suntikan terus itu hanya terdapat pada Stream sebelum pengenalan teknologi Earth Dream pada 2011.

Keistimewaan lain Stream Absolute ialah teknologi Cornering G-shift control yang berupaya mengesan daya gerakan G lateral pada laluan berselekoh dan mengekalkan putaran enjin rpm yang optimum seterusnya menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan dan sporti.

Selain daripada Stream Absolute, Honda juga memperkenalkan Stream Almas khusus untuk penumpang kelainan upaya.

Dari segi kelengkapan pilihan, Honda tampil dengan pelbagai aksesori di antaranya sistem beg udara i-Side untuk kerusi barisan pertama, sistem navigasi Honda HDD dengan operasi suara dan kamera undur, sistem hiburan belakang, sistem bunyi premium dan penyejuk untuk kerusi baris ketiga.

Akhir sekali adakah terdapat Honda Stream Absolute di Malaysia? Kami yakin ada cuma ia sangat sukar untuk ditemui.

Tentang persaingan Stream dan Wish pula nampaknya kini sudah kendur. Kedua-dua model ini masih dijual di kedai pengimport bebas cuma Stream hadir dengan senyap di premis tersebut melalui Honda Jade bernadikan enjin 1.5L VTEC Turbo.

Tags
Google ads
Back to top button