Motosikal

LANGGAR LUBANG JALAN, PENUNGGANG MOTOSIKAL TERIMA PAMPASAN RM11.17 JUTA

Seorang penunggang motosikal di Amerika Syarikat diberi pampasan sebanyak AS$2.65 juta (RM11.17 juta) selepas terlibat dalam kemalangan kerana melanggar lubang jalan.

Roger Gates dikatakan menunggang motosikal Victory miliknya di West Milford. Di jalan itu melanggar lubang yang dalam, menyebabkannya hilang kawalan dan merempuh sebuah van dari arah bertentangan.

Pelanggaran itu mengakibatkan motosikal dan van tersebut terbakar. Gates kemudian mengalami kecederaan parah. Bahagian belakang, tulang selangka, pergelangan tangan dan tangannya patah nya retak

Kecederaan tersebut memaksa Gates menjalani banyak pembezahan dan sesi pemulihan. Ia juga menyebabkan dia tidak lagi boleh bekerja. Keadaan itu membuatkan juri mengarahkan pihak terbabit membayar pampasan merangkumi hilang mata pencarian, kos perubatan dan papasan bernilai jutaan ringgit.

Menurut laporan RideApart, jalan yang dilalui oleh Gates itu sememangnya diketahui sebagai laluan berbahaya. Rungutan mengenai masalah jalan berlubang di sana telah dibuat sejak tahun 2014 lagi.  

Kemalangan berlaku pada tahun 2016 dengan kali terakhir jalan itu diselenggara ialah dua tahun sebelumnya.

Selain pampasan, daerah Passaic lokasi di mana kemalangan tersebut berlaku telah melunaskan bil perubatan berjumlah AS$756,000 (RM3.2 juta). Ia juga cuba menyelenggara jalan tersebut sebaik mungkin.

Google ads
Back to top button