Buletin

PAKEJ PREMIUM PORSCHE CAYENNE. PILIHAN SUSPENSI UDARA, RIM RS SPYDER 21″, SISTEM BUNYI BOSE DAN BANYAK LAGI!

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini memperkenalkan kembali Pakej Premium untuk model Cayenne. Dengan beberapa pilihan baharu di bawah Pakej Premium, seluruh keluarga kini boleh menikmati pengalaman menaiki sebuah kereta sport tanpa kompromi dari segi keselesaan dan reka bentuk. 

Cayenne dengan Pakej Premium hadir bersama pelbagai pilihan yang menarik. Ia merangkumi suspensi udara dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) untuk pengendalian yang dinamik dan selesa. Manakala rim RS Spyder bersaiz 21 inci pula menambah baik pengendalian di atas jalan. Tidak ketinggalan, ciri ParkAssist dengan Surround View. 

Pilihan mewah yang lain termasuklah sistem bunyi keliling BOSE dan kawalan suhu empat zon yang pastinya meningkatkan lagi keselesaan untuk semua.  

Semua pilihan ini nyata selari dengan moto syarikat yang tidak berkompromi dengan prestasi sebuah kereta sports. Prestasi perlu seiring dengan keseronokan memandu, elemen reka bentuk penuh fungsi dan ciri-ciri kemewahan.  

“Menaiki sebuah kereta sports memang istimewa, sama ada buat pemandu mahupun penumpang. Sudah menjadi matlamat kami untuk berkongsi ‘perasaan kereta sports’ ini dengan lebih ramai peminat Porsche di Malaysia. Pengenalan Pakej Premium Cayenne membolehkan kami melakukannya. 

“Kami akan terus komited untuk mencari jalan demi membolehkan lebih ramai peminat dapat memenuhi impian memiliki sebuah Porsche,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Christopher Hunter. 

Hunter juga mengakui bahawa segmen SUV semakin popular di Malaysia. Sebagai model paling sporty dalam kelasnya, Cayenne sememangnya menarik minat pelanggan yang mahu merasai pengalaman jenama Porsche dan kereta sports keluarannya. 

Pakej Premium Cayenne hadir bersama jaminan dan servis percuma selama empat tahun. Pra-tempahan untuk model asas Cayenne sudah dibuka pada harga bermula RM665,000 (dengan pengecualian SST sehingga 31 Disember 2021). Penghantarannya dijangka pada tahun 2021. 

GALERI

Google ads
Back to top button