Buletin

BRABUS ROCKET 900 EDITION, 900HP/1049NM.BERMULA RM2.4 JUTA

Brabus mempunyai reputasi dalam merubah jentera Mercedes pada satu tahap yang tidak boleh difikir akal.

Bulan lalu, syarikat talaan berkenaan melakukan perubahan terhadap Mercedes-AMG GLE dan GLS kepada SUV super dengan kuasa 800 hp.

Terbaharu, Brabus memperkenalkan Rocket 900 Edition berdasarkan Mercedes-AMG G63.

Brabus Rocket 900 Edition dijual pada harga AS$573,000 (RM2.4 juta) menawarkan dua pilihan warna iaitu kelabu (Stealth Gray) dan hitam (Signature Black).Ia terhad kepada 25 unit sahaja.

Mercedes-AMG G63 memiliki enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang berupaya menjana kuasa 577 hp dan tork 850 Nm dibikin menjadi super SUV, Rocket 900 lebih berkuasa.

Enjin Brabus Rocket 900 Edition itu telah dipertingkatkan menjadi 4.5 liter, ditambah kuasa turbocharge dan meningkatkan tekanan kawalan ECU.

Perubahan tersebut membenarkan jentera berkenaan menjana kuasa mencecah 900 hp dan tork 1049 Nm.

Ia sekali gus menjadikan SUV super itu lebih berkuasa daripada Ferrari F8 Tributo, McLaren 720S dan Lamborghini Aventador S.

Rocket 900 Edition mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dengan kelajuan maksimum terhad kepada 280 km/j.

Secara teknikal, ia boleh memecut lebih pantas tetapi kelajuan maksimum terpaksa dihadkan untuk melindungi tayar jentera.

Jentera itu dilengkapi gril karbon dan logo Rocket serta sistem ekzos stainless steel dan kit widebody menyerlahkan lagi sisi garang.

Selain itu, spoiler hadapan hadir dengan penutup sisi, fender bahagian hadapan dan belakang manakala rear wing lebih besar pada bumbung serta dilengkapi set rim kustom 24 inci Monoblock Z.

Modifikasi yang dilakukan menjadikan G63 empat inci lebih lebar berbanding SUV produksi.

Ruang dalaman pula, mendapat sentuhan kulit warna hitam dan menampilkan ciri-ciri-ciri dengan elemen trim high-gloss serta pedal aluminium.

Produksi Brabus 900 Rocket Edition dijangka dibangunkan pada penghujung tahun hadapan –carbuzz

Google ads
Back to top button