Buletin

SAMBUTAN HANGAT, TOYOTA SAMBUNG GR COROLLA CIRCUIT EDITION UNTUK AS!

Menerima sambutan hangat, Toyota Motor North America mengambil keputusan untuk terus mengeluarkan GR Corolla Circuit Edition model tahun 2024 (MY2024).

Dari segi penawaran, ada dua model istimewa GR Corolla iaitu Morizo Edition yang ‘hardcore’ dan Circuit Edition dengan beberapa ciri tambahan berbanding GR Corolla.

GR Corolla Circuit Edition 2023 akan mula berada di pengedar Toyota di Amerika Utara pada musim bunga depan (Mac – Jun). Pengeluaran Circuit Edition 2023 untuk benua AS dihadkan kepada 1,500 unit sahaja.


Keistimewaan GR Corolla Circuit Edition terletak pada tukup enjin yang membonjol, bumbung gentian karbon tempa, spoiler belakang warna hitam kilat, Pembeza Gelinciran Terhad (LSD) Torsen® depan dan belakang dan angkup brek GR warna merah.

Lagi ciri standard ialah kerusi sport dengan balutan suede Brin Naub® dan kulit sintetik dengan riasan merah, pemanas pada kerusi depan dan stereng, tombol gear dengan balutan kulit dan tanda tangan MORIZO dan set JBL® Premium Audio dengan lapan pembesar suara dan amplifier.

Ciri tersebut jauh berbeza dengan Morizo Edition yang lebih ringan tanpa kerusi belakang, pembesar suara, pengatur tingkap, pengelap dan motor belakang. Badan kereta juga lebih tegar, talaan suspensi berbeza dan banyak lagi ciri khas termasuk daya kilas lebih tinggi.

Dari segi kuasa, enjin 1.6 liter tiga silinder turbo GR Corolla Circuit Edition menghasilkan 300 hp pada 6,500 rpm dan tork 370Nm dari 3,000 rpm hingga 5,500 rpm dan sama seperti GR Corolla Core di AS.

Selain itu, GR Corolla Circuit Edition mempunyai berat 1,490 kg (curb weight) berbanding 1,479.6 kg untuk GR Corolla Core. Morizo Edition pula paling ringan dengan berat 1,445 kg.

Toyota memaklumkan GR Corolla Circuit Edition 2024 kekal dengan beberapa ciri standard model 2023 dan spesifikasi terperinci akan dimaklumkan kemudian. 

Pengeluaran Circuit Edition 2025 dan model selanjutnya masih lagi dalam pertimbangan.

BACA: TOYOTA GR SUPRA TRANSMISI MANUAL DAH SAMPAI. 382HP, 0-100KM/J 4.4 SAAT, BERMULA RM645K

BACA: TOYOTA HILUX GR SPORT 2023. PADDLE SHIFTER, LAGI PADU DARIPADA ROUGE, RM160K SAHAJA

BACA: BELI TOYOTA GRAND HIGHLANDER, PERCUMA NINTENDO SWITCH DI AS!

Google ads
Back to top button