Motosikal

PASANG JENTERA MOTO2 3 MINIT SAHAJA!

Kalau korang nak tau, platform paling popular di paddock Moto2 sekarang ialah Kalex. Buktinya, sembilan daripada sepuluh orang pelumba teratas Kejohanan Moto2 menggunakan mesin Kalex.

Moto2-Kalex-bike-mekanika (1)

Malah, dianggarkan 75 peratus jentera Moto2 yang beraksi di litar sekarang menggunakan pakej perlumbaan daripada syarikat Jerman tersebut.

Sedia maklum bahawa idea Kejohanan Moto2 ialah menggunakan satu pembekal enjin untuk mengurangkan kos perlumbaan kelas pertengahan ini.

Sementara ciri unik jentera lumba seperti reka bentuk casis pula terletak pada kebijaksanaan serta keupayaan pelumba dan pasukan masing-masing. 

Bagi menunjukkan betapa mudahnya untuk memasang jentera lumba Moto2 menggunakan pakej Kalex, pasukan Marc VDS Racing Estrella Galicia 0.0 tampil dengan video di bawah.

Hasilnya, motosikal Kalex Moto2 yang ditunggang oleh pelumba Franco Morbidelli boleh dibina dalam masa hanya tiga minit!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button