
SUZUKI PERKENAL GSX-S1000 CARBON EDITION & GSX-S1000F TOUR EDITION
Suzuki baru-baru ini mengujakan peminatnya apabila memperkenalkan Carbon Edition untuk jentera GSX-S1000 dan Tour Edition buat GSX-S1000F.
Kedua-dua model edisi terhad itu hadir dalam warna biru signatur Suzuki di MotoGP yang dikontraskan dengan warna merah dan hitam.
GSX-S1000 Carbon Edition dilengkapi angkup brek monoblock Brembo dan grafik berwarna kuning fluorescent. Di samping pelindung karbon pada bahagian belakang crankcase, klac dan alternator.
Versi berwarna merah dan hitam menggunakan alat ganti karbon yang sama. Tetapi ia hadir bersama angkup brek, pelekat rim berwana merah dan grafik putih.
GSX-S1000F Tour Edition pula menerima kit grafik berwarna perak, beg tangki 15 liter, beg belakang 12 liter, hendal yang boleh dipanaskan dan skrin lebih tinggi untuk memberi keselesaan.
“Model edisi khas ini sememangnya lebih menonjol dengan grafik dan angkup Brembo yang diwarnakan,” kata Pengurus Pemasaran Suzuki GB, Rob Cooper.
Kedua-dua jentera ini digerakkan oleh enjin bersesaran 999cc yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 145hp @ 10,000rpm.
Di pasaran UK, GSX-S1000 Carbon Edition ditawarkan pada harga £9,499 (RM50,600). Manakala GSX-S1000F Tour Edition pula berharga £10,299 (RM55,000) seunit.