Motosikal

GIVI SOKONG MISI RIDE TO HAJJ 2016

Givi Asia Sdn. Bhd. (Givi Asia) yang menjadi pusat jenama GIVI di seluruh Asia Tenggara telah menyumbang sejumlah peralatan kembara kepada peserta Ride to Hajj 2016 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat, 29 Julai lalu.

GIVI-Ride-to-Hajj-2016-mekanika (7)

Ride to Hajj 2016 dicetuskan oleh bekas pelumba handalan negara, Wazi Abdul Hamid. Mereka akan menunggang motosikal selama 35 hari untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah, Arab Saudi pada 12 September.

Empat peserta lain ialah Azman Baharuddin, Meor Azhar Meor Raflan, Othman Darus dan Napiah Mohd Noor. Menyedari perjalanan yang bakal ditempuhi begitu mencabar, GIVI telah mempersiapkan motosikal GT128 sumbangan Modenas dengan pelbagai  aksesori kembara.

GIVI-Ride-to-Hajj-2016-mekanika (4)

Paling utama ialah kotak besar berkapasiti 43 liter. Di samping kotak sisi berkapasiti 22 liter di kiri dan kanan. Kotak E43NML-ADV boleh memuatkan sehingga dua topi keledar fullface.

Aksesori lain termasuklah jaring atas (elastic net), getah penyerap hentakan (inner padding) dan kusyen tambahan (backrest). Bagi kotak sisi E22N-S_OR, kapasiti maksimum yang dicadangkan ialah lima kilogram setiap satu. Ia juga dilengkapi lampu signal tambahan.

GIVI-Ride-to-Hajj-2016-mekanika (8)

Dengan kapasiti yang besar, kotak GIVI E43NML-ADV pastinya sangat berguna untuk penunggang motosikal yang membawa barangan yang banyak. Bentuk empat segi membolehkan lebih banyak barang dimuatkan, bergantung kepada kemahiran pengguna.

“GIVI ialah jenama yang sangat sinonim dengan motosikal dan eksplorasi. Jadi, sewaktu Wazi datang untuk bekerjasama, kami tidak fikir lama untuk memberi sumbangan,” kata Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee.

GIVI-Ride-to-Hajj-2016-mekanika (11)

Selain kotak penyimpanan barang, GIVI turut menyumbang topi keledar (M30.2 Presto), Pouch Bag (PWB02), Vest (CSV01), beg sandang (CBP02), baju hujan (RRS04) dan beg kalis air 40 liter (PCB01). Semua produk ini boleh didapati di semua kedai yang menjadi agen rasmi GIVI di seluruh negara.

Google ads
Back to top button