Buletin

PEKERJA INDIGO AIRLINES INDIA TIDUR MASA KERJA. SEDAR-SEDAR SAMPAI ABU DHABI

Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo Airlines secara tidak sengaja berlepas ke Abu Dhabi di Dubai selepas dia tertidur ketika menjalankan tugas.

Menurut laporan NDTV, pekerja itu yang berkhidmat sebagai penyimpan bagasi penumpang di dalam pesawat sedang melakukan tugasnya sebelum dia tertidur.

Lelaki itu hanya terjaga selepas pintu pesawat ditutup dan dia terpaksa ‘mengikuti penerbangan’ itu sehingga mendarat di Dubai.

Selepas mendarat, pekerja itu menjalani pemeriksaan kesihatan dan dia disahkan tidak mengalami kecederaan.

Setelah menerima kebenaran dari pihak berkuasa Abu Dhabi, pekerja itu berlepas semula ke Mumbai dengan menaiki pesawat yang sama. – UTUSAN

Google ads
Back to top button