Buletin

NYANYI LAGU RAP, TOYOTA HADIAHKAN WANG TUNAI RM42,000 KEPADA PELAJAR INI

Seorang pelajar sekolah menengah di North Carolina menerima hadiah berjumlah AS$10,000 (RM42,000) daripada Toyota selepas videonya berjaya menarik perhatian juri.

Christina Williams menyerlahkan bakat menyanyikan lagu rap yang memberi nasihat kepada golongan remaja mengenai gangguan ketika memandu.   

Lebih menarik lagi, Christina bukan seorang rapper dan tidak ada cita-cita dalam bidang muzik. Sebaliknya, dia lebih berminat untuk mempunyai kerjaya dalam kerja-kerja sosial dan melanjutkan pelajaran di Universiti North Carolina.

Tetapi, dia tidak tahu bagaimana ibunya yang juga seorang ibu tunggal harus membayar yuran pengajiannya itu.

Ketika mencari sumber untuk mendapatkan biasiswa, Christina terjumpa dengan peraduan video tahunan TeenDrive365 yang merupakan inisiatif Toyota dan Discovery Education.  

Dia kemudian mula menulis lirik menggunakan pengetahuan dalam kelas Bahasa Inggeris di sekolah dan meminta rakannya, seorang pembikin filem, Quentin Todd untuk membuat rakaman serta suntingan.  

Setiap video yang dihantar untuk penyertaan dinilai 50% dari segi kreativiti, 30% kandungan dan 20% persembahan.

Beberapa orang pegawai polis, bomba, paramedik dan orang awam tampil secara  menjadi sukarela untuk terlibat dalam video tersebut.

Video Chirstina nyata menarik minat pihak penguatkuasa undang-undang. Jadi mereka meminta dia untuk menghasilkan satu lagi video. Kali ini tentang mengunci kenderaan pada waktu malam pula.

Google ads
Back to top button