
TAWARAN HEBAT MITSUBISHI ASX
Bagi memberi lebih ketenangan minda kepada pemiliknya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam mengumumkan bahawa ia menawarkan penyelenggaraan dan jaminan percuma selama lima tahun untuk model ASX.
Dengan pengumuman ini, MMM menjadi pengeluar pertama yang menawarkan pakej begitu dalam segmen SUV. Penyelenggaraan percuma merangkumi kos buruh, minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, minyak transmisi, penapis bahan api, cecair brek dan penyejuk.
Tawaran hebat ini bagaimanapun terhad kepada 1,000 pembeli ASX pertama sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).
ASX ditawarkan pada harga RM117, 334 untuk varian 2WD dan RM131,828 bagi versi 4WD (harga di atas jalan termasuk insurans dan GST). Kedua-dua model itu dikuasakan oleh unit enjin MIVEC bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa 150PS dan tork 197Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik CVT enam kelajuan INVECS-III.
ASX boleh didapati dalam empat warna iaitu hitam, putih, kelabu dan perak.