Artikel Pilihan

LELAKI INI CUBA MASUK BILIK PAMERAN ASTON MARTIN KL DAN INI LAYANAN YANG BELIAU TERIMA.

Orang kata pencapaian bermula dengan impian dan kejayaan bermula dengan langkah pertama. Impian adalah pelbagai, ada yang mahu mengembara ke serata dunia, mengerjakan ibadah Haji, membantu orang yang memerlukan dan tidak kurang yang mengimpikan kereta mewah. 

Kebiasaannya orang yang bercita-cita tinggi mempunyai visualisasi dalam pemikiran mereka – apa dan bagaimana dan terkini ada istilah terbaru iaitu ‘menziarah impian’.

BACA: TOYOTA BERI LELAKI INI TRAK PERCUMA

Lelaki ini, Muhamad Hazim Jaafar mempunyai impian untuk memiliki kereta mewah. Sebagai langkah pertama, beliau telah melawat bilik pameran Aston Martin Kuala Lumpur – ini layanan yang beliau terima sebaik menguak pintu bilik pameran kereta mewah tersebut.

“Apa laa budak ini ada kan…”

Selesai sahaja urusan di sebuah pusat kewangan, aku singgah ke Aston Martin Kuala Lumpur di Menara Etiqa, Jalan Pinang, KL. Lama juga aku fikir nak masuk ke tidak, nak masuk ke tidak.

Kalau tengok aku atas bawah, atas bawah. Apa lah budak ini ada kan.

“Tumpang tanya, boleh saya masuk tak?”

Soalan pertama aku tanya selepas menolak pintu,  “Tumpang tanya, boleh masuk tak?”

Apa yang aku fikirkan selama ini meleset. Ingatkan aku tidak akan dilayan kalau masuk ke bilik pameran yang berprestij tinggi.

BACA: LELAKI 97 TAHUN INI PEMILIK FORD MUSTANG TERTUA

Wanita yang dikenali sebagai Puan Nurul menjemput masuk dengan penuh senyuman. Mula melangkahkan kaki ke bilik pameran itu, aku dilayan dengan sangat baik seperti aku mahu beli sebuah dan peram di rumah.

Dari bab kereta kami sembang sampailah bab tudung mahal yang menular di media sosial.

Antara info yang aku dapat selama hampir 20 minit rasa tak nak balik dari bilik pameran itu ialah:

1. Bentley telah membeli Aston Martin .
2. Harga sebuah Aston Martin Vanquish ialah RM2.4 juta.
3. Kereta ini mempunyai 4 tempat duduk walaupun daripada luar nampak macam 2 sahaja.
4. Satu kerusi kereta memerlukan masa hampir 20++ jam untuk disiapkan
5. Kereta dengan stok tersedia boleh diambil dalam tempoh 2 minggu. Manakala kereta binaan khas memerlukan masa sehingga 6 bulan untuk disiapkan.

Ini kereta ‘rare’ dan hanya boleh dibilang dengan jari.

Aku ada tanya dia satu soalan, – “Macam mana jualan kereta macam ini ya?”

Puan Nurul menjawab, “Kereta Aston Martin memang rare di Malaysia. Boleh kira dengan jari. Bilik pameran ini baru sahaja dibuka pada September tahun lepas. Kebanyakan kereta yang ada sebelum bilik pameran ini dibuka, pemilik kereta itu yang bawa masuk sendiri.

“Kereta-kereta mewah sebegini memang ada orang peminatnya. Kami berharap dengan adanya bilik pameran ini jumlah kereta Aston Martin di Malaysia akan meningkat”.

BACA: ASTON MARTIN DB11 – RM2 JUTA!

Terima kasih Puan Nurul kerana melayan macam aku nak beli sebuah kereta Aston Martin. Aston Martin KL dibuka pada hari Isnin-Jumaat (9.00 pagi – 6.00 petang) dan Sabtu (10 pagi – 3 petang), Ahad (Tutup).

Insha Allah, hari ini datang tengok, siapa tahu esok lusa datang hendak beli pula. Amin!

p/s: Masih tidak berani minta izin untuk cuba duduk di dalam kereta mewah.

Terima kasih Muhamad Hazim Jaafar kerana berkongsi cerita dengan kami dan mari kita doakan beliau dapat mencapai impiannya!

BACA: CARLOS GHOSN, LELAKI AJAIB DI SEBALIK RENAULT-NISSAN

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button