Motosikal

PENDAFTARAN UNTUK PUSINGAN KELAYAKAN BMW MOTORRAD MALAYSIA GS TROPHY 2017 ASIA TENGGARA KINI DIBUKA

BMW Motorrad Malaysia hari ini mencabar semua pemilik BMW GS untuk mengambil bahagian dalam Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara. 

Ia merupakan satu pertandingan menunggang motosikal yang menguji daya ketahanan serta melibatkan pelbagai bentuk muka bumi  dalam usaha memilih seorang pemenang. Pemenang akan mewakili Malaysia dan menjadi sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara pada pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada hujung minggu 12-13 Ogos 2017 (Sabtu dan Ahad) di  Sepang MX Track. Pendaftaran dibuka sehingga Rabu, 12 Julai 2017.

Keterujaan cabaran BMW GS Trophy juga boleh diraikan oleh orang ramai sepanjang pusingan kelayakan itu. Pada hari pertama, orang ramai boleh turut serta dan menyaksikan para peserta mengharungi laluan berhalangan mudah serta cabaran enduro yang lain.

Mereka juga dijemput untuk menghadiri parti BMW GS Trophy pada sebelah petang sambil dihiburkan oleh muzik secara langsung. Di sana, nama peserta yang layak untuk Hari Kedua akan diumumkan.

Pada hari kedua, orang ramai boleh menyaksikan semua finalis menjalani cabaran kemahiran tunggangan GS Trophy. Sesi tunggang uji model-model terpilih BMW Motorrad turut diadakan sepanjang dua hari acara tersebut berlangsung.

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara, sila layari laman web: http://www.bmw-motorrad.com.my/gstrophy.

Google ads
Back to top button