Artikel PilihanMotosikal

DI”BAN” DARI GROUP SYM VF3i KERANA KONGSI PENGALAMAN SEBENAR

SHARE

Dalam mana-mana group media sosial seperti whatsapp atau facebook akan ada banyak kepala dan perangai. Khususnya group yang melibatkan sesuatu jenama automotif.

Kami biasa jumpa pemilik yang jadi begitu taksub dengan sesuatu jenama sehinggakan tidak dapat langsung terima sebarang kritikan. Lebih tepat lagi, jenama pilihan mereka adalah “maksum” tak ada sebarang kecacatan dan sempurna segenap segi.

Perkara yang sama berlaku kepada saudara Azlan Zainol Abidin, seorang pemilik Sym VF3i 185 yang mengutarakan pandangan beliau tentang motosikal yang baru dimilikinya.

Dalam posting sebelumnya, Azlan memberi komen beliau tentang motosikal ini. Beliau membuat beberapa teguran pedas kepada beberapa perkara terhadap motosikal ini seperti suspensi depan belakang yang keras, pelana, saiz spoket yang salah (depan vs belakang) dan beberapa perkara lain.

Tidaklah sekadar mencemuh, beliau juga memuji motosikal ini yang didatangkan dengan tangki yang besar, meter pelbagai info, cermin sisi dan beberapa perkara lain.

Akibat komen tersebut, beliau telah disekat dari membuat posting di group facebook Sym VF3i. Namun apa yang mengejutkan, beliau dihubungi oleh pihak M-Force Holding yang mahu mendengar pandangannya.

Pihak M-Force telah meneliti setiap aduan beliau dan telah cuba menyelesaikannya setiap satu dari masalah yang diutarakannya.

Berikut adalah status yang dikongsi beliau;

…………………………………………………………………………………………………….

Assalamualaikum & selamat sejahtera aku mai lagi nak berletiaq πŸ˜‚
Aku tak faham pasai paa moderator VF3i tak mau approve posting aku ni padahai MForce dah izinkan aku share benda ni & banyak maklumat aku dapat nak habaq kat owner VF3i yang lain & bakal owner tapi depa buat aku lagu ni πŸ˜­
Mohon jasa baik tuan tuan share sebanyak mungkin maklumat ni kalau anda rasa bawa manfaat kepada yang lain πŸ˜˜

*AKU DAH KENA BANNED DARI GROUP SYM Supermoped VF3i 185 Malaysia πŸ˜…*
*9hb @ 9.35PM banned di tarik balik dari group πŸ˜‰. Terima kasih banyak*

Mai nak habaq kat hangpa sikit apa yang aku sembang dengan MForce pagi tadi nak bagi kui elok lagi motor VF3i.
Rajin hangpa baca tak rajin hangpa rebuih handphone buat penawaq penyakit malaih πŸ˜‚

1. Isu enjin ‘parkinson’ bila enjin low RPM walaupun dalam gear 2 πŸ€”
MForce diagnose, setting, checking & clear data motor aku termasuk adjust clucth bagi dok dalam keadaan sepatutnya (aku takdak adjust apa sebelum ni) & resultnya cantik macam bungaaa..😎
Aku agak laa dalam 5% macam tu jaa lagi nak perfect teruih baq hang πŸ˜…
So benda ni bukan sebab hang tak pandai main clucth atau hang tak uli sebati lagi dengan motor tapi hang kena hantaq MForce untuk depa checking..
Harap clear laa kot noo tang ni so hangpa tak payah risau walaupun ni isu paling aku menyumpah dulu πŸ˜…

2. Isu sprocket depan 420 tak sama tebai dengan longkang rantai 428 πŸ˜…
Benda ni base on drawing & cara depa dekat Taiwan sana bawak motor seropa kora kora yang tak sama dengan kita kat Malaysia yang ramai Superman tak bertauliah πŸ˜‚
Motor hat depa test ride mileage dah cecah 74K KM tapi takdak lagi kebabom bab sprocket ni TAPI benda ni MForce dah fight & betui depa kata 428 kena dengan 428 bukan 420 cuma tunggu sikit masa lagi untuk tukaq sprocket depan kepada saiz hat betui πŸ˜Ž
Cuma nasihat aku tak payah laa tunggu depa buat replacement, owner boleh kot tukaq sendiri benda ni tak berapa det pon paling mahai Rm6 ataih dari tu hangpa kalih buang kedai yang juai πŸ˜‚

3. Handle ketat tiba tiba sropa pakai electronic damper Ohlins tapi cuma jadi bila bergegaq πŸ˜‚
Ok motor aku depa dah perbetui bagi elok & masalah ni di sebabkan susunan cable dekat belah dalam dada dengan kepala yang tak berapa comey πŸ˜”
Takat laa aku bawak lepaih langgaq segala bonggoi takdak mai balik rasa ketat tu πŸ˜…
Kedepan wallahualam tapi aku confirm depa dah try adjust sebaik mungkin πŸ˜Ž

4. Lampu depan dengan signal berwap atau masuk ayaqπŸ˜…
Ramai hat kena blah signal jadi kolam renang & 1 atau 2 jaa kot kes lampu depan tapi tak kisah lampu depan atau signal tetap cover warranty selagi hangpa tak kopek sendiri πŸ˜‚
MForce ada SOP depa dalam warranty di mana report submit & penukaran dalam masa 72jam. Kalau pon barang tu takdak depa ada ikhtiaq kot lain untuk bagi ada cuma ada sesetengah part yang terpaksa lalu kerenah bukan di pihak MForce memang tak boleh buat apa kena melenggung jugak laa ataupun dealer tu sendiri yang buat lengai tak hantaq report so tak boleh claim maa.. πŸ˜…

5. Monoshock & fork keraih macam tongkoi kayu πŸ˜‚.
Ni pon dalam pemerhatian depa & nanti MForce akan tukaq monoshock kayu ni dengan KYB sropa Benelli tu cuma buat masa laa KYB tak sempat nak supply. Lepaih ni habis ride boleh laa seround dua malam sebab dah tak sakit pinggang πŸ€£πŸ€£πŸ€£.
Bab fork cuma aku sorang complain yang sampai kat depa so susah sikit laa depa nak take action πŸ˜…

6. Seat kematu juboq πŸ˜‚.
Benda ni orang kata subjektif sebab ada hat kata selesa takdak masalah ride sampai Cambodia dengan China nuuuuu..
Ada pulak yang ulang alik kerja pon dah kematu serupa aku πŸ˜‚
So benda ni maybe depa akan RnD balik tukaq material & buat cutting lain bagi hangpa naik lagi selesa serupa duduk atas sofa πŸ˜…

7. Bracket exhaust patah πŸ˜­
Hat ni kesian sebab human error depa patut ikat nat hat belakang tu sebelah dalam tapi pi ikat kot depan jadi vibration tak dapat serap elok so praappppp..
Kalau ada yang kena benda ni duduk dekat Penang boleh bawak teruih pi HQ depa akan welding tig balik bagi elok πŸ˜Ž

Ni serba sikit hat aku dapat share dengan hangpa & beberapa isu yang pihak MForce akan tambah baik dekat jentera ni buat masa laa & akan datang.

Aku bukan macai jenama & jentera tapi bagi aku nilai motor ni cukup berbaloi dengan kepuasan menunggang yang aku dapat…

DIPETIK DARI STATUS FACEBBOK: AZLAN ZAINOL ABIDIN

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button