Buletin

PEMANDU MYVI DITAHAN POLIS. GUNA HANDPHONE, LANGGAR PAPAN TANDA SJR

Polis menahan seorang pemandu kereta yang melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, seorang lelaki berusia 40 tahun memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah melanggar papan tanda ‘pemeriksaan polis’ di SJR berkenaan pada pukul 5.50 petang.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.

“Lelaki tersebut memberi alasan keluar rumah kerana membeli makanan di Taman Gembira di Jalan Klang Lama di sini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil saringan air kencing adalah negatif.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya,” katanya.

Anuar turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian akan membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. –Sinar Harian

Google ads
Back to top button