Buletin

HONDA MALAYSIA SERAH CITY RS e:HEV KEPADA INVEST MELAKA BERHAD

Honda Malaysia mempersembahkan model sedan Honda City RS e:HEV serba baharu kepada syarikat Invest Melaka Berhad (IMB) sempena kolaborasi bersama SOCAR Mobility Malaysia Sdn. Bhd. (SOCAR) dan sambutan ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum menyerahkan Honda City RS e:HEV serba baharu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad (IMB), Ramli Mohd Ali, dalam satu acara bertempat di Menara MITC, Melaka.

Sarly Adle Sarkum berkata, pihak Honda Malaysia berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan Invest Melaka Berhad dan dapat menyumbang kepada pembangunan industri automotif tempatan.

“Kami komited dalam perkembangan pasaran negara dan industri automotif,” katanya.

Honda Malaysia memulakan operasi di Kilang Pegoh, Melaka lebih 17 tahunlalu dan kini mempunyai dua barisan produksi dengan kapasiti yang mampu mencecah 100,000 unit setahun.

Sedan City RS e:HEV dilancarkan pada Oktober tahun lalu didatangkan dengan pelbagai teknologi yang mampu mengubah permainan di dalam segmennya.

Antaranya termasuk sistem hibrid 2 motor e:HEV berupaya menjana kuasa 109 PS dan tork 253 Nm, sistem transmisi e-CVT, serta ciri Honda CONNECT yang mengutamakan teknologi telematik.

Selain itu, Honda City RS e:HEV turut didatangkan dengan ciri keselamatan menyeluruh seperti Honda SENSING merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Pengekalan Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Ia turut dilengkapi Honda LaneWatch dan Brek Parkir Elektrik.

Honda City RS e:HEV  boleh ditempah melalui laman web www.prebook.honda.com.my atau dengan mengunjungi mana-mana 102 pusat pengedar Honda yang bertauliah di seluruh negara.

Google ads
Back to top button