Buletin

PENGECAS EV MUDAH ALIH TESLA SUPERCHARGER TERBAKAR AWAL TAHUN BARU

Sebuah stesen pengecas mudah alih Tesla Supercharger dilapor terbakar pada hari pertama tahun baru 2023 di Baker, California.

Pengecas mudah alih Supercharger itu sebenarnya merupakan sebuah trailer diisi dengan susunan pek bateri yang diletakkan di beberapa buah stesen pengecasan Tesla bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan dan tempoh menunggu semasa musim cuti.

Difahamkan, kebakaran tersebut turut menjejaskan separuh daripada 40 buah ruang pengecasan Tesla Supercharger.

Berdasarkan gambar, jelas sekali pengecas mudah alih itu rosak teruk namun pihak berkuasa telah memasang tali keselamatan bagi menghalang orang awam daripada memasuki kawasan tersebut.

Ini bukanlah kali pertama sebuah stesen pengecas mudah alih terbakar. Pada tahun 2019, sebuah kemudahan yang sama dilapor terbakar di sebuah projek storan tenaga di Montery, California. – InsideEVs

Google ads
"
"
Back to top button