Artikel Pilihan

FERRARI PUN CEROBOH PETAK EV – INGAT KELAKAR LA CUCUK PENGECAS CELAH RIM

Kesedaran sivik bukannya boleh dibeli di mana-mana pasaraya. Ini mesti datangnya dari hati dan dipupuk sejak dari kecil. Kalau tak ada kesedaran sivik mula la muncul perangai-perangai pelik yang menyusahkan ramai orang. Contoh terbaru ialah sebuah Ferrari di New Zealand yang menceroboh petak pengecas EV dan membuat lawak bodoh dengan mencucuk kabel pengecas ke celah lubang rim. Nampak bodo la wei.

Ingatkan perangai macam ni cuma berlaku di negara-negara dunia ketiga tapi nampaknya New Zealand pun sama. Sebelum ni ada kes di mana pikap trak membuat lawak yang sama dengan meletakkan kabel pengecas ke ruang kargo belakang seolah-olah sedang dicas semula. Kini sebuah Ferrari dikesan menggunakan modal yang sama.

Gambar tersebut dirakam oleh pengguna EV yang kebetulan ingin mengecas kenderaannya semasa kejadian. Kalau kita yang gunakan kereta ICE pun marah bila ada yang meninggalkan kereta di pam minyak dan keluar membeli rokok, macam tu jugalah perasaan pengguna EV yang terpaksa menunggu sehingga ‘pelawak’ itu beredar.

Memang kami pun belum terbuka hati untuk membeli EV. Minat pun tak berapa ada, tapi apa yang dilakukan oleh pemilik Ferrari ni memang kami menyampah. Eh, tak lawal langsung la buat macam ni.

Lagi menyakitkan hati kerana kami diberitahu semasa kejadian berlaku banyak lagi petak pakir kosong yang bukan dikhaskan untuk EV yang berada berhampiran. Jadi apa alasan pemilik Ferrari ni untuk menceroboh petak khas untuk EV? Takkan nak menyamar buta kot?

Google ads
Back to top button