
PENGECUALIAN CUKAI. HARGA KERETA HONDA TURUN SEHINGGA RM8,545
Honda Malaysia hari ini mengumumkan pengurangan harga untuk kereta Honda.
Ini berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model CBU dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).
Dengan perubahan ini, harga model CKD Honda iaitu Jazz, New BR-V, City, HR-V, New Civic, CR-V dan Accord akan dikurangkan di antara RM2,788.46 sehingga RM8,545.63 (tertakluk kepada terma dan syarat).
Sementara model CBU, Odyssey akan dikurangkan sebanyak RM9,502.47. harga baharu itu berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Selain harga harga baharu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran menarik menerusi kempen Kita Bersama Deals.
“Honda Malaysia sangat menghargai sokongan kerajaan ke atas sektor automotif dengan memperkenalkan insiatif ini.
“Kami harap pengurangan harga ini membolehkan pelanggan mendapatkan model Honda kegemaran mereka,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.
Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pengedar terdekat Honda, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.