
PENGEDAR BYD GULUNG TIKAR – DISKAUN MELAMPAU BAWA PADAH
Beberapa pengedar BYD di China dilaporkan menamatkan operasi mereka, menandakan tekanan yang semakin meningkat dalam industri automotif negara itu.
Penutupan ini berlaku di tengah-tengah perang harga berterusan dan permintaan pengguna yang semakin lemah.
Menurut laporan China Automobile Dealers Association (CADA), pengedar kereta di China mengalami kerugian terkumpul sebanyak 138 bilion yuan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, bersamaan kira-kira RM89.7 bilion.
Akibatnya, ramai terpaksa menjual kenderaan baharu dengan potongan harga besar untuk mengurangkan lambakan stok yang tidak terjual.

BYD, antara pengeluar kenderaan terbesar China, memulakan gelombang diskaun besar-besaran awal tahun ini dalam usaha merangsang jualan.
Namun, strategi ini memberi tekanan hebat kepada pengedar hingga terpaksa menanggung margin keuntungan yang sangat rendah, malah ada yang mengalami kerugian.
Situasi ini mencerminkan ketidakseimbangan yang kritikal dalam pasaran, pengeluaran yang terlalu tinggi tidak seiring dengan permintaan. Akibatnya, berlaku persaingan harga agresif yang memberi kesan buruk kepada kelangsungan operasi pengedar dan kestabilan kewangan jenama kenderaan.
Sesetengah pengedar telah memilih untuk keluar dari pasaran sepenuhnya, manakala yang lain masih bergelut untuk mendapatkan bantuan kewangan atau mencari strategi pemulihan.
Keadaan ini memberi isyarat jelas bahawa industri automotif China perlu melaksanakan penyesuaian, daripada kawalan inventori yang lebih cekap sehinggalah kepada strategi pasaran lebih responsif terhadap perubahan tingkah laku pengguna.
- BACA: DODGE CHARGER DAYTONA SEDAN – KERETA MUSCLE UNTUK KELUARGA, GUNA ELEKTRIK LAH TAPINYA PUN
- BACA: KUTUK KERETA AKU, SUMPAH AKU UNFRIEND KAU.
- BACA: BOS NISSAN DEDAH PETANDA AWAL – “KAMI TIDAK AKAN BENARKAN GT-R LENYAP!”
- BACA: GEELY PERKENALKAN VARIAN BAHARU GALAXY E5 – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 610KM









